Denda RM1,000 Menanti Penunggang Basikal Jika Gagal Patuhi Peraturan

1,179

Denda RM1,000 Menanti Penunggang Basikal Jika Gagal Patuhi Peraturan

Hobi terkini rakyat Malaysia yang semakin tular dan menjadi ikutan ramai adalah aktiviti berbasikal. Ya, aktiviti ini adalah satu aktiviti sihat namun terdapat segelintir penunggang basikal yang melakukan perkara tidak sepatutnya sehingga mengancam nyawa mereka sendiri.

Oleh kerana hal inilah, penunggang basikal dinasihati supaya mematuhi  larangan berbasikal di lebuh raya yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jumlah Denda Jika Gagal Mematuhi Peraturan

Sekiranya penunggang basikal didapati ingkar larangan, mereka akan dikenakan :

  • Denda sebanyak RM1,000
  • Penjara tidak melebihi 3 bulan
  • Atau kedua-duanya sekali

Denda RM1,000 Menanti Penunggang Basikal Jika Gagal Patuhi Peraturan

Mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan tertentu.

Utamakan Keselamatan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias, kesalahan itu ada dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengabaikan tanda kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuh raya.

Menerusi Facebook PDRM juga telah menyatakan bahawa pihak Polis sangat mengutamakan keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk tahap kesihatan penunggang basikal yang terdedah dengan bau asap kenderaan. Penunggang basikal juga dinasihat untuk mengelakkan daripada menggunakan lebuh raya dan jalan yang sibuk.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image