Hilang Kerja Dan Berdaftar Dengan SIP? Ini Program Latihan SIP Plus Yang Bermanfaat Untuk Anda

4,014

Hilang Kerja Ketika PKP

Ramai orang telah kehilangan kerja sepanjang musim PKP ini dan terutamanya sektor pelancongan di mana dijangkakan seramai 1 juta pekerja akan kehilangan pekerjaan mereka. Malahan pekerja dalam industri perkilangan juga dikhabarkan telah kehilangan pekerjaan masing-masing kerana majikan tidak mampu lagi meneruskan perniagaan mereka.

Sehubungan itu, pihak PERKESO telah menawarkan Program Latihan SIP Plus semula kepada para pekerja yang telah disahkan hilang pekerjaan oleh PERKESO.

Program Latihan SIP Plus

Program ini dikhaskan kepada Orang Berinsurans yang telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dimana telah disahkan kehilangan pekerjaan oleh PERKESO.

Hilang Kerja Dan Berdaftar Dengan SIP?Ini Program Latihan SIP Plus Yang Bermanfaat Untuk Anda

Maklumat Program

Berikut adalah beberapa maklumat Program Latihan SIP Plus yang disediakan kepada anda :

  • Dikendalikan oleh Penyedia Latihan yang dilantik PERKESO.
  • Pelbagai jenis latihan kursus yang ditawarkan termasuk kursus secara online.
  • Elaun latihan sebanyak RM30 sehari.
  • Waktu latihan : Bermula dari jam 9 hingga 5 petang (Ditentukan oleh Penyedia Latihan).

Jenis-Jenis Kursus Yang Ditawarkan

Terdapat beberapa jenis kursus yang ditawarkan kepada anda dan ianya mengikut keperluan pasaran buruh yang diperlukan oleh majikan. Antara kursus yang disediakan ialah :

  • Kemahiran Insaniah
  • Teknologi Maklumat
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Kewangan
  • Hospitaliti dan Pengurusan

Untuk senarai kursus yang lain, sila rujuk pautan berikut : SENARAI KURSUS

Cara Memohon

Untuk memohon Program Latihan SIP Plus ini, anda boleh ke laman web PERKESO di pautan berikut:

Contoh Borang Permohonan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program Latihan SIP Plus ini, anda boleh terus hubungi :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image