#SEMASA ID: REF-432698

GURU KAFA & GURU TAKMIR TETAP TERIMA ELAUN PENUH RM1,000 SEPANJANG PKP WALAUPUN TAK MENGAJAR.

AUTHOR: ADMIN
UPDATED: 21 MAR 2020
READ: 1m
Guru Kafa & Guru Takmir Tetap Terima Elaun Penuh RM1,000 Sepanjang PKP Walaupun Tak Mengajar
Intelligence_System_v13.0  //  Signal: Optimal Total Library: 450+ INTEL_SETS

SERAMAI 35,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tetap menerima elaun penuh RM1,000 bagi Mac meskipun tiada sesi pembelajaran. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Hakimah Mohd Yusoff berkata, keputusan itu dibuat kerajaan bagi membantu guru yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa hingga 31 Mac. “Menteri di […]

SERAMAI 35,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tetap menerima elaun penuh RM1,000 bagi Mac meskipun tiada sesi pembelajaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Hakimah Mohd Yusoff berkata, keputusan itu dibuat kerajaan bagi membantu guru yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa hingga 31 Mac.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri bersetuju supaya pembayaran penuh ini dilaksanakan.

“Inisiatif ini juga selari dengan hasrat menteri yang sebelum ini melancarkan kempen Musaadah Covid-19 bagi membantu mereka yang terjejas dengan isu berkenaan,” katanya.

Semalam, Jakim turut mengumumkan 4,000 guru takmir masjid lantikan jabatan itu di seluruh negara menerima elaun penuh sepanjang pelaksanaan PKP.

Maklumat lanjut mengenai ini akan kami update dari masa ke semasa.

Sumber

Tamat Intel_Report // REF-432698
admin
Verified_Intelligence_Lead

ADMIN.

Penganalisis & Perancang Strategi Kerjaya. Membantu graduan memahami pasaran kerja melalui pendekatan data dan risikan terkini.

DEEP_EXPLORATION.

Total_Library

450+ INTEL_SETS