Daftar Global Online Workforce (GLOW) PENJANA Ekonomi Gig

Apa Itu GLOW?
GLOW adalah singkatan daripada Global Online Workforce yang diterajui oleh Malaysia digital economy Corporation (MDEC) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Insentif PENJANA baru-baru ini.
Baca perkongsian ini untuk ketahui cara untuk mendaftar GLOW serta ketahui syarat untuk kelayakan.
Baca juga : Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara / PENJANA
Tujuan GLOW
Program ini bertujuan untuk :
- Memperkasakan dan membimbing rakyat untuk menjana pendapatan secara online dan merupakan remote dengan menyediakan perkhidmatan profesional untuk pelanggan tempatan serta antarabangsa.
- Program GLOW meliputi latihan intensif kelas, mentoring secara maya dan sokongan rakan komuniti.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan GLOW yang perlu anda teliti seperti :
- Penguasaan berbahasa Inggeris yang baik untuk berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa.
- Memiliki set kemahiran khusus yang diperlukan. (Rujuk sini)
- Celik dan mahir menggunakan komputer.
- Berkomitmen, berusaha dan tekun untuk belajar.
Terbuka kepada semua golongan masyarakat seperti :
- Ibu tunggal
- OKU
- Penganggur
- Graduan
- Suri rumah
- Golongan profesional
- Pesara
Cara Mendaftar
Anda perlu mendaftar secara online di :
- Daftar di : GLOW
- Pilih bahasa yang sesuai dengan anda.
- Klik DAFTAR.
- Isikan maklumat peribadi seperti yang diminta seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, nombor telefon bimbit, emel dan tahap pendidikan anda
- Pilih kategori kursus.
- Klik butang I ACCEPT untuk pengesahan maklumat.
Maklumat Lanjut
Anda boleh dapatkan maklumat mengenai program ini dengan menghubungi :
- Careline : 1 800 88 8338
- Emel : SUPPORT GLOW
Nota : Maklumat seterusnya mengenai program ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah mendapat maklumat yang terkini.