Info Kerjaya Malaysia

Geran Usahawan Perak (GeRUP) Sediakan RM3,000 Untuk Anda. Mohon Sekarang

364

Mohon Sekarang Geran Usahawan Perak (GeRUP)

Sebagai satu usaha dan inisiatif kepada para usahawan PKS Bumiputera negeri Perak, kerajaan negeri Perak telah memperkenalkan bantuan kewangan yang berbentuk geran iaitu Geran Usahawan Perak atau GeRUP.

Bentuk Bantuan Geran Usahawan Perak

Berbentuk Bantuan secara one-off yang berjumlah sebanyak RM3,000 untuk memulakan semula perniagaan masing-masing selepas tamatnya PKP.

Agensi Yang Terlibat

GeRUP ini melibatkan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta SME Corp Malaysia dan juga beberapa agensi pembimbing seperti :

  • SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
  • Jabatan Pertanian Negeri Perak
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Yayasan Perak
  • Perbadananan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • TEKUN Nasional (TEKUN)
  • Tourism Malaysia Negeri Perak
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (Veterinar)
  • Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Berhad (Kraftangan)
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • FELCRA Berhad
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  • Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
  • Jabatan Belia dan Sukan (JBS)
  • Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
  • Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
  • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  • Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak.

Tarikh Permohonan

Permohonan ini telah dibuka pada 16 Julai 2020 sehingga 30 Julai 2020 ini.

Cara Pembayaran

Permohonan yang layak akan dikreditkan pembayaran bermula 1 September 2020.

Syarat Kelayakan Permohonan Geran Usahawan Perak GeRUP

Anda boleh menyemak kelayakan sebelum membuat permohonan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat mestilah dimiliki Bumiputera.
  • Perniagaan tersebut beroperasi di Negeri Perak sahaja.
  • Perniagaan memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang.
  • Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020.
  • Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
  • PKS perlu berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing seperti yang dinyatakan di atas)
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Membuat Permohonan

Anda boleh ikuti cara-cara membuat permohonan GeRUP seperti :

Geran Usahawan Perak (GeRUP) Sediakan RM3,000 Untuk Anda. Mohon Sekarang

  • Klik DAFTAR AKAUN di sebelah kanan paparan.
  • Isikan maklumat berikut :
    i) Nama Pemilik
    ii) No. My Kad
    iii) No Telefon
    iv) Emel
    v) Agensi Pembimbing
    vi) Kata Laluan
  • Apabila selesai mengisi maklumat berikut, klik DAFTAR.
  • Kemudian, log masuk menggunakan KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN yang telah didaftarkan.
  • Isi maklumat seterusnya yang dikehendaki dengan lengkap.
  • Klik HANTAR setelah semua maklumat diisi.
  • Permohonan berjaya dihantar apabila satu “pop-up” memaparkan MAKLUMAT BERJAYA DISIMPAN dipaparkan.

Pertanyaan Dan Info Lanjut

Anda boleh dapatkan onfo selanjtnya dan pertanyaan berkaitan GeRUP dengan menghubungi SME CORP di :

close-image