Info Kerjaya Malaysia

Geran & Skim Pembiayaan National Technology And Innovation Sandbox (NTIS)-MOSTI Kini Dibuka. Mohon Disini

1,179

Geran & Skim Pembiayaan National Technology And Innovation Sandbox (NTIS)-MOSTI Kini Dibuka

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengumumkan bahawa permohonan untuk menyertai National Technology Innovation Sandbox (NTIS)-MOSTI telah dibuka untuk semua penginovasi.

Ia bersesuaian dengan peruntukan yang diberikan sebanyak RM100 juta dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk NTIS bagi membantu proses pendigitilan negara.

Tujuan National Technology And Innovation Sandbox (NTIS)-MOSTI

Tujuan sebenar program NTIS ini ialah untuk syarikat pemula membangunkan idea, produk dan model perniagaan berteknologi tinggi.

Peneraju NTIS

Program NTIS ini diterajui oleh MOSTI dengan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) sebagai sekretariat utama dan dibantu oleh :

  • Technology Park Malaysia (TPM)
  • MIMOS Bhd
  • MTDC
  • Futurise Sdn. Bhd.

Sektor Sasaran

Sektor sasaran untuk Program NTIS ini ialah :

  1. Teknologi Perubatan dan Kesihatan
  2. Industri Pelancongan
  3. Industri Perkilangan
  4. Pertanian
  5. Pendidikan

Geran & Skim Pembiayaan National Technology And Innovation Sandbox (NTIS)-MOSTI Kini Dibuka. Mohon Disini

4 Jenis Skim Pembiayaan

Terdapat 4 jenis skim pembiayaan yang disediakan oleh NTIS iaitu :

  1. Single Site Sandbox : Menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak RM250,000 dalam bentuk geran sepenuhnya dan penyelesaian sandbox di lokasi tunggal.
  2. Multi-Site Sandbox : Pembiayaan maksimum sebanyak RM500,000 dalam bentuk geran separa (70%) untuk membiayaikos penyelesaian sandbox di pelbagai lokasi.
  3. Skim Pengkormesialan : Pembiayaan maksimum RM4 juta dalam bentuk dana hibrid, geran dan nota janji boleh ubah untuk membiayai kos pengkomersialan penyelesaian sandbox.
  4. Padanan Dana : Peruntukan maksimum RM15 juta sebagai dana padanan dengan pelabur dan syarikat korporat.

Had Permohonan

Tiada had permohonan dan pemohon digalakkan untuk mengutamakan projek inovasi masing-masing dan permohonan ini adalah PERCUMA.

Cara Memohon

Bagi syarikat pemula yang berminat untuk memohon skim pembiayaan dibawah NTIS ini :

Geran & Skim Pembiayaan National Technology And Innovation Sandbox (NTIS)-MOSTI Kini Dibuka. Mohon Disini

  • Klik SOLUTION PROVIDER untuk memohon.

Geran & Skim Pembiayaan National Technology And Innovation Sandbox (NTIS)-MOSTI Kini Dibuka. Mohon Disini

  • Daftar akaun terlebih dahulu.
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Ikuti langkah demi langkah yang disediakan.
  • Setelah pendaftaran berjaya, log masuk akaun anda.
  • Buat permohonan dan isikan maklumat yang diminta.

Syarat Permohonan

Untuk memohon geran dan skim pembiayaan ini, syarat yang diperlukan ialah :

  1. Warganegara Malaysia atau Syarikat milik Malaysia.
  2. Syarikat asing yang bekerjasama dengan syarikat milik Malaysia.
  3. Berumur 18 tahun ke atas.
  4. Menetap di Malaysia.

Tempoh Proses Permohonan

Permohonan akan diproses secara berperingkat. Setiap permohonan memerlukan tempoh selama 31 hari bekerja dan bergantung pada maklumat yang diterima

Permohonan yang berjaya akan diberitahu melalui emel mengenai status permohonan masing-masing.

Info Lanjut & Pertanyaan

Sebarang info selanjutnya mengenai program ini, anda boleh menghubungi NTIS :

  • National Technology Sandbox Information (NTIS) Secretariat,
    c/o Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
  • Block 3730, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
  • Telefon : 03 8324 4829
  • Emel : [email protected]
  • Masa operasi : 10 pagi – 5 petang

close-image