Info Kerjaya Malaysia

Garis Panduan Rekod Data Pelanggan Oleh JPDP. Baca Sini

527

Garis Panduan Rekod Data Pelanggan Oleh JPDP

Jika anda pergi ke premis perniagaan dan premis makanan, anda mungkin diminta untuk menulis maklumat diri sebelum anda masuk untuk melakukan pembelian.

Adakah anda tahu bahawa ada beberapa maklumat diri yang penting sahaja untuk anda tulis pada buku tersebut?

Baca disini untuk lihat garis panduan rekod data yang betul oleh JPDP ini.

Apa Itu JPDP?

JPDP bermaksud Jabatan Perlindungan Data Peribadi yang ditugaskan oleh Kerajaan Malaysia untuk membuat garis panduan berkaitan pengumpulan, pemprosesan dan pemilikan data peribadi oleh sektor perniagaan bagi sepanjang tempoh PKPB ini.

Garis Panduan Rekod Data Pelanggan Oleh JPDP. Baca Sini

Garis Panduan Data Peribadi

Garis panduan ini dirangka selaras dengan perlaksanaan PKP dan PKPB dan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan di luluskan oleh Jawatankuasa Covid-19 yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara maklumat yang boleh direkod adalah :

  • Nama.
  • Nombor Telefon.
  • Tarikh.
  • Masa.

Jangan Dedah Maklumat Pelanggan

Pemilik perniagaan perlu menyediakan dokumen khas untuk mengumpul maklumat pelanggan dan pelanggan juga diminta untk meletakkan maklumat dengan betul agar memudahkan pihak KKM membuat siasatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingin.

Pemilik perniagaan serta staf yang terlibat juga tidak dibenarkan untuk mendedahkan segala maklumat yang berkaitan dengan pelanggan. Ini adalah kerana semua maklumat atau data peribadi pelanggan adalah maklumat sulit dan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran.

Garis Panduan Rekod Data Pelanggan Oleh JPDP. Baca Sini

Lampir Notis Makluman

Untuk mengelakkan sebarang salah faham antara pelanggan dan pemilik premis perniagaan dan premis makanan, dinasihatkan kepada pemilik perniagaan untuk menampal notis makluman bahawa wajib untuk meletakkan maklumat diri kerana ianya merupakan arahan pihak kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988( Akta 342).

Segala maklumat data peribadi pelanggan akan dilupskan dalam masa 6 bulan selepas tamatnya tempoh PKPB.

Denda Gagal Patuh

Pihak JDPD akan mendenda mereka yang ingkar arahan dan gagal patuh arahan dengan denda tidak melebihi sebanyak RM300,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahaun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Garis Panduan Rekod Data Pelanggan Oleh JPDP. Baca Sini

close-image