Pekerja Swasta: Bekerja Dalam Fasa Kedua PKP 1-14 April, Adakah Majikan Perlu Bayar Gaji? Baca Ni

5,077

Memandangkan penularan wabak COVID-19 semakin hari masih bertambah, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke fasa kedua. PKP fasa kedua adalah disambung lagi 2 minggu iaitu daripada 1 April hingga 14 April.

Langkah ini diambil dengan harapan dapat memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 di negara kita. Jadi, tempoh PKP asal telah dilanjutkan yang menyebabkan ramai pekerja terpaksa dicutikan kerja sementara tanpa gaji.

Namun ada juga yang mempersoalkan, adakah pekerja swasta perlu dibayar gaji oleh majikan dalam tempoh 1 April hingga 14 April 2020?

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan jawapan kepada persoalan ini.

PERLUKAH PEKERJA SWASTA DIBAYAR GAJI DALAM TEMPOH PKP FASA KEDUA?

Ikuti jawapan yang dijawab oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC untuk persoalan ini.

Pekerja Swasta: Bekerja Dalam Fasa Kedua PKP 1-14 April, Adakah Perlu Majikan Bayar Gaji? Baca Ni

Menurut Ring yang bekerja dalam sektor swasta, dia bertanya samada majikannya perlu membayar gaji atau tidak dalam tempoh 1 hingga 14 April sepanjang PKP berjalan.

Siti mengulas persoalan ini dengan menyatakan bahawa majikan perlu membayar gaji pekerja beserta elaun tetap yang berkaitan sepanjang tempoh PKP. Majikan hanya tidak perlu membayar elaun berkaitan dengan kehadiran/perjalanan pekerja.

Kesimpulannya, selagi anda masih dianggap sebagai pekerja dalam syarikat tersebut, majikan perlu membayar gaji sepanjang tempoh PKP 1 hingga 14 April 2020. Majikan hanya berhak menolak elaun kehadiran/perjalanan pekerja memandangkan anda tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk pergi ke tempat kerja.

Pekerja Swasta. Bekerja Dalam Fasa Kedua PKP 1-14 April, Adakah Perlu Majikan Bayar Gaji Baca Ni

Jika Majikan Enggan Membayar Gaji Apa Yang Perlu Saya Lakukan?

Sekiranya majikan enggan membayar gaji kepada anda, anda boleh terus menghubungi Jabatan Tenaga Kerja melalui emel [email protected] atau hadir ke pejabat JTK yang berdekatan selepas tamat tempoh PKP.

Pekerja Swasta. Bekerja Dalam Fasa Kedua PKP 1-14 April, Adakah Perlu Majikan Bayar Gaji Baca Ni

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MASALAH MAJIKAN

Sekiranya masalah berkaitan gaji belum selesai serta soalan berkaitan sepanjang tempoh PKP anda boleh hubungi talian Kementerian Sumber Manusia seperti di bawah.

Pekerja Swasta. Bekerja Dalam Fasa Kedua PKP 1-14 April, Adakah Perlu Majikan Bayar Gaji Baca Ni

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image