Info Kerjaya Malaysia

Apakah Fungsi Expected Salary / Gaji Yang Dipohon Dalam Resume Anda?

3,508

Apakah Fungsi Expected Salary / Gaji Yang Dipohon Dalam Resume Anda?

Adakah perlu memasukkan expected salary atau gaji yang dipohon ke dalam resume anda? Ada yang mengatakan perlu dimasukkan gaji yang dipohon ke dalam resume atas tujuan tertentu.

Terdapat beberapa fungsi yang jelas mengapa expected salary perlu dimasukkan ke dalam resume anda.

Apakah fungsi-fungsi expected salary dalam resume anda?

Apakah Fungsi Expected Salary / Gaji Yang Dipohon Dalam Resume Anda?

Fungsi Expected Salary / Gaji Yang Dipohon Dalam Resume

Antara fungsi-fungsi expected salary dimasukkan ke dalam resume ialah :

1. Melihat Kecekapan Calon Menilai Diri 

Untuk meletakkan sesuatu nilai gaji, anda memerlukan suatu penanda aras serta perlu membuat sedikit kajian terhadap gaji yang sepadan dengan pengalaman dan jenis kerja. Malahan, anda perlu melihat jenis jawatan yang ditawarkan sebelum meletakkan nilai gaji pada resume anda.

Ingat, kesilapan meletakkan angka yang sewajarnya akan menyebabkan anda ditolak daripada dipanggil temuduga.

2. Menentukan Sama Ada Calon Perlu Dipanggil Temuduga Atau Tidak

Terdapat majikan yang melihat nilai gaji dan jika ia berada diluar jangkaan majikan, kemungkinan permohonan anda akan terus diketepikan tanpa dipanggil temuduga.

3. Ingin Melihat Fleksibiliti Calon Untuk Membuat Rundingan

Ada majikan yang tahu kepakaran setiap pemohon berdasarkan resume yang dihantar dan nilai kemahiran serta kepakaran mereka. Jadi, majikan tersebut akan cuba membuat rundingan gaji yang dipohon dengan tawaran mereka.

4. Melihat Terdesaknya Calon Mendapatkan Kerja

Jika nilai gaji yang dieltakkan adalah rendah berbanding kemahiran calon, majikan dapat mengenalpasti bahawa calon ingin mendapatkan pekerjaan tersebut dan ingin dipanggil untuk temuduga.

Kebanyakan calon begini akan membuktikan nilai mereka yang sebenar ketika sesi temuduga dan akan membuat rundingan gaji dengan bakal majikan pada masa tersebut.

Apa Yang Perlu Calon Lakukan?

Meletakkan expected salary dalam resume adalah satu kelebihan dan membantu majikan untuk membuat keputusan dalam memilih calon yang sesuai dan ia juga dapat mengelakkan calon dari membuang masa hadir ke sesi temuduga

Ingin gunakan bullet point dalam cover letter anda untuk kelihatan lebih kemas? Rujuk sini dan jadikan cover letter anda kemas dan menarik minat majikan.

Apakah Fungsi Expected Salary / Gaji Yang Dipohon Dalam Resume Anda?

close-image