Join Channel Telegram Rasmi
Maklumat Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terus Ke Mobile Anda
Info Kerjaya Malaysia

FAQ SPA: Perlukah Saya Menghantar Resume Untuk Memohon Jawatan Melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?

Pihak kami menerima banyak email pertanyaan sebegini. Ianya antara soalan popular dari pencari kerja. Kebanyakan masih keliru bagaimana mengemukakan permohonan jawatan kosong melalui Portal SPA.

Sedikit info berkaitan pertanyaan mengenai perlu atau tidak menghantar resume untuk memohon jawatan melalui portal SPA Malaysia.

Soalan 1: Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?

Jawapan: Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.