Info Kerjaya Malaysia

Temuduga : Calon Wanita, Jangan Pandang Ringan Etika Pakaian Ketika Temuduga

2,485

Calon Wanita, Jangan Pandang Ringan Etika Pakaian Ketika Temuduga

Mesti terfikir bagaimanakah etika pakaian yang sebenar ketika hadir temuduga. Maklumlah penampilan diri yang kemas adalah aspek yang paling penting  ketika mempersiapkan diri untuk hadir temuduga.

Mengapa ianya sangat penting? Ini adalah kerana penampilan diri yang terbaik terutama cara berpakaian yang betul akan memberikan gambaran yang baik kepada penemuduga anda.

Dapatkan juga tips warna pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika temuduga disini.

Apakah etika berpakaian yang sesuai untuk calon wanita ketika temuduga?

Etika Berpakaian Calon Wanita Ketika Temuduga

Berikut adalah etika berpakaian bagi calon wanita iaitu :

Kemas Dan Bersih

Jarang-jarang sekali kedengaran calon wanita yang hadir temuduga dalam keadaan yang tidak kemas dan comot. Selalunya calon wanita yang hadir sentiasa kemas dan bersih.

Seterusnya calon wanita perlu berpakaian dengan pakaian yang formal iaitu memakai baju kurung yang kosong atau kurang bercorak dan dengan warna yang tidak terlalu terang.

Pastikan baju kurung yang dipakai tidak melekat di badan dan tampilkan kesopanan anda dalam berpakaian serta menjaga tatasusila apabila hadir temuduga.

Jika calon wanita memakai pakaian smart kasual ketika temuduga pula, pastikan anda memakai :

  • Seluar slack / berkain skirt labuh dan tidak ketat
  • Berwarna gelap
  • Berbaju kemeja berwarna cerah atau pastel
  • Berkot / blazer berwarna gelap

Pastikan pakaian anda mengikut jawatan yang dipohon dan sesuai.

Style Tudung Dan Rambut

Jika anda bertudung, pastikan anda menggayakan dengan ringkas dan kemas. Digalakkan untuk memakai tudung bawal berbanding tudung jenis shawl kerana tudung jenis shawl agak berbelit dan boleh menyesakkan mata penemuduga.

Bagi calon yang tidak bertudung pula, rambut mestilah disikat rapi atau diikat dengan kemas. Psstikan rambut tidak menutup mata atau muka anda. Jangan lupa untuk amalkan body language iaitu eye contact dengan penemuduga ya.

Temuduga : Calon Wanita, Jangan Pandang Ringan Etika Pakaian Ketika Temuduga

Aksesori Tambahan

Tidak salah memakai aksesori tambahan seperti jam, cincin atau gelang tangan. Tetapi pastikan ianya tidak keterlaluan sehingga mengganggu mata penemuduga ketika sesi temuduga dijalankan.

Kurangkan aksesori pada bahagian telinga, kaki dan jari kerana ia menunjukkan gambaran yang tidak baik mengenai calon kepada penemuduga.

Mekap Yang Sesuai

Pakailah sedikit mekap yang sesuai. Jangan hadir temuduga dengan keadaan muka yang pucat. Pastikan juga anda tidak mekap dengan keterlaluan pula. Cukup jadikan wajah anda berseri agar penemuduga melihat calon yang hadir pada hari tersebut seorang yang bersemangat dan mempunyai keyakinan yang tinggi.

Kasut Yang Sesuai

Mesti anda sedia maklum, semua calon yang hadir temuduga perlu memakai kasut betutup, bertumit dan berwarna gelap. Pastikan tumit kasut anda tidak terlalu tinggi.

Mengapa mesti kasut yang bertumit? Ia menunjukkan betapa profesionalnya seorang calon dalam berurusan dan ketika berhadapan dengan penemuduga. Jangan lupa, pakai sarung kaki yang bersesuaian.

Temuduga : Calon Wanita, Jangan Pandang Ringan Etika Pakaian Ketika Temuduga

Rujuk juga kasut yang sesuai dipakai ketika temuduga dan klik disini sebagai panduan anda.

close-image