Pendaftaran ePrasekolah: Permohonan Kemasukan Anak Ke Prasekolah 2021 KPM

3,416

Login ePrasekolah: Permohonan Kemasukan Anak Ke Prasekolah 2021 KPM.

Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2021 boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi E-Prasekolah atau permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon.

Permohonan Kemasukan Anak Ke Prasekolah 2021 KPM boleh dilakukan sama ada secara online atau mengambil borang secara manual di sekolah-sekolah yang ingin dimohon.

Ibu bapa mahupun penjaga boleh membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM tahun 2021 untuk anak / jagaan yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017.

Di bawah merupakan info lengkap Permohonan Kemasukan Anak Ke Prasekolah 2021 KPM, cara mengemukakan permohonan dan maklumat lain yang berkaitan dengan permohonan dan pendaftaran ePrasekolah bagi tahun ini.

PERMOHONAN ONLINE ATAU MANUAL KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

KPM telah menetapkan syarat-syarat tetentu bagi Permohonan Kemasukan Anak Ke Prasekolah 2021 KPM seperti tahun-tahun lepas.

Ibu bapa di minta rujuk syarat permohonan, cara membuat permohonan dan tempoh permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2021 seperti di bawah.

CARTA PROSES PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM TAHUN 2021
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON KE PRASEKOLAH KPM TAHUN 2021
Berikut adalah syarat untuk tahun 2021:
🇲🇾Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
👶Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
TARIKH DAN TEMPOH PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA ONLINE
Dibuka Ditutup
📆1 Mac 2020 📆31 Mei 2020
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA ONLINE
  • Ibu / bapa / penjaga perlu melayari sistem aplikasi E-Prasekolah KPM, sila klik pada pautan di bawah

SISTEM PERMOHONAN E-PRASEKOLAH

  • Bagi yang pertama kali menggunakan sistem E-Prasekolah. Pastikan anda Daftar sebagai pengguna sistem supaya dapat mengakses sepenuhnya borang permohonan online.
  • Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
  • Untuk membuat pendaftaran pengguna, klik Daftar Pengguna yang terdapat dalam sistem eprasekolah kemudian lengkapkan butiran maklumat yang diminta.
  • Setelah pendaftaran berjaya sila Log Masuk sistem E-Prasekolah dengan menggunakan No. Mykad dan Katalaluan yang didaftarkan untuk mengakses borang permohonan online.
  • Bagi ibu / bapa / penjaga yang telah mendaftar sebagai pengguna sistem e-prasekolah sebelum ini, anda hanya perlu  Log Masuk sistem E-Prasekolah dengan menggunakan No. Mykad dan Katalaluan yang didaftarkan.
  • Maklumat lengkap dan panduan permohonan sudah tersedia melalui menu yang terdapat dalam Sistem E-Prasekolah.
TARIKH DAN TEMPOH PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA MANUAL
Dibuka Ditutup
📆1 Mac 2020 📆15 Jun 2020
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA MANUAL
  • Ibu / bapa / penjaga perlu mengunjungi (walk in) ke sekolah yang ingin dipohon untuk mengambil borang dan melengkapkan borang permohonan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap dengan sempurna bersertakan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Senarai Institusi / Sekolah Prasekolah boleh disemak di laman sistem aplikasi e-Prasekolah.
  • Maklumat lengkap dan panduan permohonan sudah tersedia melalui menu yang terdapat dalam Sistem E-Prasekolah.
PANDUAN PERMOHONAN
👉Maklumat Lengkap Proses Permohonan Prasekolah
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image