Info Kerjaya Malaysia

Download Soalan Matematik Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29

3,883

Anda tahú tak yang wajib lulus Seksyen Peperiksaan Matematik merupakan antara syarat utama untuk anda dipanggil menghadiri temuduga mana-mana jawatan dalam sektor kerajaan.

Untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam, Seksyen Matematik dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza untuk disesuaikan dengan jawatan. Ada yang dikenali dengan Bahagian 2, Seksyen A, Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Matematik dan lain lagi.

Tapi apa yang pasti peperiksaan ini berkaitan dengan subjek Matematik dan mengandungi 2 bahagian utama iaitu;

  1. Bahagian Core Matematik
  2. Bahagian Aplikasi Matematik

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dalam Ujian Psikometrik SPA bukanlah perkara asing lebih-lebih lagi jika anda telah beberapa kali mengambil ujian online SPA.

Paling tidak pun mesti anda sudah mula biasakan diri dengan format Seksyen Matematik SPA.

Sebenarnya, bahagian ini lebih kepada menguji kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi dan menganalisis data serta pemahaman calon dalam konsep matematik.

Bolehlah dikatakan sebagai “Matematik Mudah”. Matematik tahap SPM yang perlu anda ingat semula jalan-jalan pengiraannya.

Calon yang mempunyai asas matematik yang kukuh, pasti boleh menjawab soalan matematik yang diberikan. Asalkan anda tidak cuai dan buat silap ketika menjawab soalan ujian.

Jika tidak peka pada kehendak soalan, anda juga pasti boleh gagal.

Jangan ambil mudah soalan Peperiksaan SPA. Calon perlu buat persediaan dan juga buat latihan.

Contoh Soalan Matematik Juruaudit W41/W29

Di bawah merupakan contoh soalan terkini Peperiksaan PSEE kemasukan jawatan kerajaan untuk rujukan anda calon Juruaudit.

Anda boleh download set soalan di bawah dan cuba jawab. Jadikan set soalan tersebut sebagai rujukan.

DOWNLOAD KLIK SINI

Rujukan Juruaudit W41/W29

Soalan Juruaudit

TEMPAH SEKARANG

Rujukan Versi 2021 dipadatkan dengan maklumat berikut;

  1. Info Penjawatan Juruaudit Gred W41 & Gred W29
  2. Nota Kefahaman Bahasa Inggeris
  3. Nota Matematik
  4. Contoh Soalan Seksyen A
  5. Contoh Soalan Seksyen B
  6. Jawapan & Cara Pengiraan

Calon boleh membuat tempahan melalui pautan rasmi di laman JuruAudit di bawah apabila jualan di atas.

close-image