Info Kerjaya Malaysia

Diberhentikan Kerja Oleh Majikan Tanpa Sebab? Ini Contoh Surat Aduan Anda Boleh Hantar Ke Jabatan Tenaga Kerja

6,731

Diberhentikan Kerja Oleh Majikan Tanpa Sebab?

Sekiranya anda diberhentikan kerja dalam tempoh PKP ini, apa yang perlu anda lakukan? Anda perlu bertindak pantas dengan menyimpan segala bukti seperti emel, mesej, whatsapp atau surat yang menyatakan anda diberhentikan kerja, dipaksa ambil cuti tanpa gaji atau dipotong gaji sepanjang PKP ini sebagai bukti.

Seterusnya anda perlu membuat satu surat untuk dihantar ke JTK beserta bukti-bukti yang dinyatakan di atas.

Diberhentikan Kerja Oleh Majikan Tanpa Sebab_ Ini Contoh Surat Aduan Anda Boleh Hantar Ke Jabatan Tenaga Kerja

Hantar Surat Aduan Kepada JTK

Setelah surat siap dan bukti anda diberhentikan kerja lengkap, anda boleh hantar terus kepada pihak JTK sama ada terus ke kaunter atau anda boleh emel di : [email protected]

Anda juga dinasihatkan untuk :

  • Tidak menghantar surat perletakan jawatan atau menandatangani termination letter oleh pihak majikan.
  • Jangan tandatangan apa-apa surat termination letter. Jika dipaksa, anda boleh tulis Under Protest di sebelah tandatangan anda.
  • Anda juga dinasihatkan untuk tidak bersetuju sekiranya diberikan surat untuk memohon cuti tanpa gaji.

Contoh Surat Aduan Ke Pejabat JTK

Anda boleh gunakan contoh surat aduan berikut untuk dihantar ke JTK. Sertakan bersama bukti-bukti yang kukuh mengenai aduan anda.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai persoalan mengenai perkara ini, anda boleh hubungi bahagian Khidmat Pelanggan di :

  • Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia : 03-8886 5192
  • Jabatan Perhubungan Perusahaan : 03-8886 5460
  • Jabatan Tenaga Manusia : 03-8886 5555
  • Jabatan Pembangunan Kemahiran : 03-8886 5589
  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan : 03-8886 5343
  • Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja : 03-8886 5499
  • Jabatan Tenaga Kerja Sabah : 088-238755/233830
  • Jabatan Tenaga Kerja Sarawak : 082-242261/082-242050
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO) : 03-4257 5755
  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad(PSMB) : 03-2096 4600
  • Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaaan(NIOSH) : 03-8769 2100
  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran(PTPK) : 03- 2084 0500

close-image