Cara Mohon Guru Guna Kelayakan SPM Untuk Kemasukan IPG

16,170

Anda lepasan SPM, pernah terfikir nak jadi Guru? Nak mohon Guru guna kelayakan SPM tapi tak tahu cara? Kena hantar borang permohonan ke sekolah kah?

Sedikit perkongsian untuk anda, Cara Mohon Guru Guna Kelayakan SPM Untuk Kemasukan IPG. Pastikan anda ikut langkah-langkah memohon seperti di bawah.

Untuk makluman, bagi lepasan SPM yang berminat menjadi Guru anda bolehlah memohon mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Perguruan seluruh negeri.

Permohonan Guru PISMP IPG Lepasan SPM Fasa 2

Makluman terkini untuk lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2020 bagi ambilan Fasa 2 telah pun dibuka bagi memenuhi keperluan bidang di :

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Tarikh Permohonan Guru PISMP IPG Lepasan SPM

Anda boleh mula membuat permohonan pada 6 Julai 2020 sehingga 12 Julai 2020.

Cara Memohon Guru PISMP IPG Lepasan SPM

Anda perlu memohon secara online di pautan : https://pismp.moe.gov.my

  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.
  • Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalender aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Syarat Dan Kelayakan Asas

Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan PISMP :

1. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020.

2. Lulus SPM dengan memperolehi gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.

3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred keputusan dalam mata pelajaran :

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Bahasa Inggeris

4. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. (Rujuk lampiran dibawah)

MOHON SEKARANG

Info & Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan PISMP, anda boleh hubungi :

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
    (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
  • Telefon : 03-8312 6768 / 6693 / 6731 / 6769
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image