Cara Buat CV Guna Template Microsoft Publisher Sahaja, Mudah Senang dan Percuma
Buat CV Guna Template Microsoft Publisher
Salah satu cara yang terbaik untuk membuat CV anda dengan mudah dan cepat, anda boleh menggunakan template yang disediakan oleh Publisher. Mungkin ada sebilangan daripada anda tidak tahu bahawa Publisher ada menyediakan beberapa template untuk digunakan tanpa anda perlu download dari mana-mana pihak yang menyediakan khidmat menyediakan template resume, cover letter dan cv dan mengenakan caj pembelian template.
Apa kata anda teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara penggunaan template bagi CV anda.
Apa Itu CV?
Pasti anda tahu apa itu CV, bukan? Ia adalah singkatan daripada Curriculum Vitae dan merupakan satu dokumen yang mempunyai maklumat lengkap dan susunan pengalaman serta kelayakan seseorang yang nampak lebih profesional berbanding resume dan cover letter. Ia mempunyai lebih dari 1 muka surat dan biasanya didapati lebih kurang 2 atau 4 muka surat.
Baca juga : Perbezaan Antara Resume, Biodata Dan CV Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Hadiri Apa Jua Temuduga
Cara Menggunakan Template Publisher Untuk CV
Untuk menggunakan template daripada Publisher, anda hanya perlu buka program Publisher yang ada dalam komputer atau laptop anda seperti mana anda membuka program Microsoft Word. Seterusnya, anda lihat cara-cara untuk menggunakan template daripada Publisher untuk menyiapkan CV anda dengan cepat dan menarik.
1. Buka Program Publisher.
2. Pergi bahagian search dan taip Curriculum Vitae.
3. Anda boleh klik dan lihat 2 jenis design dan mungkin lebih mengikut version program Publisher yang ada dalam komputer anda.
4. Klik CREATE sekiranya anda memilih design template tersebut untuk CV anda.
5. Anda boleh masukkan semua maklumat anda dengan DELETE terlebih dahulu template yang disediakan.
6. Setelah semua maklumat dimasukkan ke dalam template, check semula ayat dan tatabahasa yang digunakan. Pastikan tiada sebarang kesalahan.
7. Save fail dengan nama yang mudah dan senang diingat. Contohnya, CV_Akram. Ia bertujuan menampakkan tahap profesional anda dalam bidang pekerjaan walaupun anda sekadar memohon memohon pekerjaan terlebih dahulu.
Boleh Edit & Save Untuk CV Jawatan Lain
Kelebihan penggunaan Publisher ini sama seperti menggunakan Microsoft Word dimana anda boleh edit dan save ke dalam fail untuk menghantar CV bagi jawatan yang lain. Ia membantu anda untuk menjimatkan masa bagi kegunaan yang akan datang.
Jika anda berminat untuk menyiapkan CV anda menggunakan template daripada Microsoft Word pula, sama sahaja caranya. Cuma anda perlu masuk ke dalam Microsoft Word dan search Curriculum Vitae.
Paparan template akan keluar untuk anda gunakan bagi menyiapkan CV anda dalam tempoh masa yang sangat pantas.
Rujuk juga : Cara Buat Cover Letter Guna Templates Microsoft Word, Free Sahaja.
Jadi, selamat mencuba.