Info Kerjaya Malaysia

Contoh Surat Rayuan BPN Untuk Anda Hantar Kepada LHDN

56,752

Baru-baru ini kerajaan telah meluluskan permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi Fasa kedua. Namun kekeliruan timbul apabila segelintir rakyat yang sepatutnya layak menerima BPN tidak mendapat kelulusan bagi permohonannya.

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN Fasa 2 sehingga 31 Mei 2020. Bagi mana-mana individu yang mendapat status TIDAK LULUS atau TIDAK LAYAK, selain rayuan secara online anda juga boleh membuat rayuan melalui surat.

Berikut adalah contoh surat rayuan BPN yang boleh anda hantar ke LHDN.

CARA MEMBUAT RAYUAN BPN BAGI STATUS TIDAK LAYAK

Ada beberapa kaedah yang anda boleh gunakan untuk membuat rayuan jika permohonan tidak lulus iaitu:

  • Rayuan melalui laman web BPN.
  • Rayuan melalui emel
  • Buat satu surat rasmi kepada LHDNM

Rayuan BPN Melalui Emel

  1. Rayuan boleh dibuat melalui emel kepada LHDNM di [email protected]
  2. Anda perlu sertakan dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat COVID-19.
  3. Sediakan satu emel rasmi rayuan.
  4. Cadangan tajuk untuk emel ke LHDNM adalah:
    RAYUAN BPN 981023-09-5676 ATAU
    PERMOHONAN RAYUAN BPN NO. KAD PENGENALAN 981023-09-5676
  5. Selepas hantar emel, tunggu maklumbalas daripada pihak LHDNM

Rayuan BPN Di Kaunter LHDNM (Bawa Surat Rayuan)

  1. Anda juga boleh mengemukakan permohonan rayuan BPN di Kaunter LHDN.
  2. Pemohon perlu hadir sendiri ke kaunter LHDN bersama dokumen sokongan bermula pada 11 Mei 2020.
  3. Pastikan anda membawa beberapa dokumen seperti Kad Pengenalan dan surat rayuan termasuk dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan atau bukti SSM.
  4. Hadir ke Kaunter LHDN dengan memakai mask serta jarakkan diri dengan individu lain 1 meter.

CONTOH SURAT RAYUAN BPN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai proses rayuan atau ingin ajukan sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian Kementerian Kewangan Malaysia di 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566 atau emel ke [email protected]/ [email protected].

close-image