Info Kerjaya Malaysia

Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Beserta Contoh Alasan Yang Relevan

27,600

Surat Cuti Tanpa Gaji

Terma dan syarat serta insentif oleh sesetengah syarikat mungkin ada persamaan dan juga ada beberapa perbezaan terutamanya mengenai berkaitan cuti.

Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda perlu bercuti panjang atas sebab-sebab tertentu?

Jadi, anda perlu mengambil langkah “WIN-WIN SITUATION” supaya kedua belah pihak tidak mudarat ketika anda bercuti melalui permohonan CUTI TANPA GAJI.

Anda boleh lihat contoh serta beberapa alasan yang sesuai untuk anda membuat permohonan tersebut.

Format Surat Cuti Tanpa Gaji

Seperti juga format surat formal yang lain, anda perlu memasukkan maklumat seperti :

  • Nama anda.
  • Alamat anda.
  • Tarikh.
  • Nama penerima (majikan,pengurus).
  • Alamat syarikat.
  • Panggilan (Tuan, Puan, Encik, Cik)
  • Tajuk surat.
  • Pendahuluan.
  • Isi penting (sebab, alasan, tarikh, tempat).
  • Penutup.
  • Tandatangan dan nama anda.
  • Dokumen sokongan (sangat membantu jika ada).

Baca juga : Apa Hak Pekerja Gaji RM2000 Ke Atas Jika Dibuang Kerja, Dipotong Gaji Dan Diberi Cuti Tanpa Gaji?

Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji

Berikut adalah contoh surat cuti tanpa gaji yang boleh dijadikan contoh sekiranya anda ingin membuat permohonan cuti kepada majikan anda.

Contoh Alasan Cuti Tanpa Gaji

Sekiranya anda tidak tahu menggunakan alasan yang relevan untuk permohonan anda, disediakan disini beberapa contoh alasan yang boleh anda gunakan dalam surat anda.

1. Mengikut Pasangan Berkhidmat / Berkursus

  • Anda boleh membuat permohonan untuk bercuti tanpa gaji sekiranya pasangan anda berkhidmat atau berkursus di dalam atau luar negara bagi tempoh tertentu.
  • Pasangan mesilah suami isteri yang sah,

2. Menjaga Pasangan / Ibu Bapa / Anak Sakit

  • Anda boleh memohon cuti tanpa gaji daripada majikan sekiranya anda perlu menjaga pasangan / ibu bapa / anak yang sakit terutamanya sakit yang kronik dan memerlukan penjagaan serta perhatian yang rapi.
  • Sertakan dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau jadual temujanji perubatan semasa membuat permohonan ini.

3. Menunaikan Umrah & Haji

  • Jika anda mendapat tawaran menunaikan umrah dan haji, sebaiknya anda mohon cuti tanpa gaji supaya anda tidak tergesa-gesa dan mempunyai masa yang mencukupi untuk beribadat.
  • Sama seperti sebab yang lain, sertakan dokumen yang berkaitan untuk memudahkan proses permohonan.

Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Beserta Contoh Alasan Yang Relevan

4.  Cuti Belajar 

  • Bagi anda yang sambung belajar dan ingin fokus seketika dalam pengajian terutamanya ketika minggu peperiksaan, anda boleh memohon cuti tanpa gaji.
  • Mungkin ada syarikat yang memberikan peluang kepada pekerjanya menyambung pengajian dan membenarkan untuk bercuti tanpa gaji atau separuh gaji sekiranya termasuk dalam kontrak kerja.

5.  Masalah Peribadi

  • Selagi masalah yang dialami tidak menjejaskan kedudukan sebagai seorang pekerja sama ada swasta atau kerajaan dan tidak menyalahi undang-undang, anda boleh memohon cuti tanpa gaji sehinggalah masalah peribadi anda selesai.

6. Menjaga Anak

  • Isteri atau anda sendiri merupakan seorang ibu yang menyusu dan menjaga anak selepas bersalin. Anda boleh memohon cuti berdasarkan alasan ini seawal mungkin mungkin sebelum anda bersalin untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku dikemudian hari.

7. Berniaga 

  • Jika anda jadikan bidang perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan yang kedua dan tidak mahu menjejaskan pekerjaan hakiki anda, anda boleh berbincang dengan majikan untuk bercuti tanpa gaji dalam tempoh yang dibenarkan majikan.

8.  Mengandung

  • Sesetengah ibu mengandung mengalami beberapa kompilasi atau alahan yang teruk ketika mengandung dan mungkin doktor meminta ibu mengandung untuk berehat seketika daripada bekerja keras di pejabat.

Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Beserta Contoh Alasan Yang Relevan

9. Masalah Kesihatan

  • Sudah diketahui anda mempunyai penyakit dan memerlukan rehat yang dicadangkan oleh doktor. Lampirkan bersama dokumen sokongan oleh doktor dan majukan kepada bahagian sumber manusia atau majikan anda.

10. Bercuti

  • Tiba masanya juga anda merehatkan diri, minda dan datang semula bekerja dengan kualiti kerja yang lebih baik. Jelaskan kepada majikan bahawa sebelum ini anda tidak pernah bercuti dan ingin berehat seketika untuk menenangkan diri dan rehat sepuasnya dan masuk bekerja semula seperti biasa. Namun, pastikan semua tugasan anda disiapkan sebelum anda bercuti.

Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Beserta Contoh Alasan Yang Relevan

Jadi, apa sahaja alasan anda, pastikan ianya relevan dan tidak mengganggu tugasan orang lain yang masih bekerja. Selamat bercuti.

close-image