Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11 Dengan Jawapan Lengkap

18,271

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pembantu Operasi N11 dengan jawapan lengkap. Calon temuduga Temuduga Pembantu Operasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh gunakan soalan temuduga Pembantu Operasi di bawah sebagai rujukan.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU OPERASI N11

Jadi, bila sahaja di panggil temuduga Temuduga Pembantu Operasi N11 sudah tentu anda sedang mencari tips berkaitan temuduga. Jom persiapkan diri dengan ilmu tentang jawatan ini sebelum anda di temuduga.

Kita mulakan dengan tugas Temuduga Pembantu Operasi N11 terlebih dahulu. Tips: Soalan tentang tugas Pembantu Operasi N11 akan menjadi topik popular dalam kebanyakan temuduga jawatan kerajaan. Selain dari Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11 yang lain di bawah.

APAKAH TUGAS PEMBANTU OPERASI N11?

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Temuduga Pembantu Operasi N11:

Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Secara umumnya seorang Pembantu Operasi N11 akan menjalankan tugas dalam skop kerja yang ditetapkan seperti di atas. Namun, fungsi dan peranan ini boleh berubah dari masa kesemasa mengikut kesesuaian.

SKEMA PENILAIAN TEMUDUGA PEMBANTU OPERASI N11

Sebenarnya, untuk persiapan temuduga Pembantu Operasi N11 soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Namun, ianya antara topik temuduga Pembantu Operasi N11 yang perlu anda berikan tumpuan.

Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

i) Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunan ayat, dll
ii) Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan
iii) Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak
iv) Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain
v) Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab
vi) Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan vii) Dan lain lain topik yang difikirkan perlu

JADI APA NAK PREPARE UNTUK TEMUDUGA PEMBANTU OPERASI?

Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N11 ni? Sedikit tips mudah untuk anda.

1) Buat persediaan awal. Kaji tugas seorang Pembantu Operasi N11. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop fungsi/bidang tugas Pembantu Operasi N11 yang disenaraikan di atas.

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam.

Ini merupakan tips utama dan berguna semasa temuduga. Kami seringkali dimaklumkan ramai juga calon di tanya soalan berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji Pembantu Operasi N11, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tak perlu anda hafal semua. Cukup perkara asas yang perlu anda tahu sahaja.

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja.

Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dan sebagainya. Untuk jawatan Pembantu Operasi N11 ini, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum.

Tugas Pembantu Operasi N11 nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. Jadi, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU OPERASI N11

1. Ceritakan tentang diri anda? Latar pendidikan, pengalaman praktikal, matlamat hidup.

Saya merupakan graduan Universiti XXX dan merupakan alumni XXX. Sebelum menjejak kan kaki ke menara gading lagi saya telah banyak bekerja sambilan untuk menampung keluarga. Semasa menuntut di universiti, saya telah terlibat dengan banyak program di dalam dan luar Malaysia. Saya sangat bersememangat dan teruja dengan aktiviti kampus. Disamping dapat kenalan, saya juga perolehi pelbagai input berguna untuk manfaat bersama. Oleh itu saya mencari-cari peluang untuk mendekatkan diri saya dengan XXX.

2. Pelan jangka pendek dalam 5 tahun akan datang?

Saya ingin mengukuhkan kerjaya saya bersama institusi yang mengkhusus kepada pembangunan XXX. Bak kata lain, saya berharap dapat berkhidmat untuk XXX supaya saya boleh bekerja keras dari bawah dan mengambil peluang2 yang ada sejajar dgn taraf XXX.

3. Kelemahan kamu?

Kelemahan yg jelas adalah kebolehan untuk berkomunikasi dengan lancar disebabkan kekurang kemahiran dan faktor gugup. Saya berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi kelemahan ini dan berkhidmat untuk XXX mampu membantu saya.

4. Apa pendapat orang lain terhadap diri anda?

Kelihatan matang dan serius, kadangkala menjadi-juga perangai. (Hehe) … Antara maklum balas yg saya terima adalah saya boleh bekerja sama dgn baik, sangat menghargai ahli kumpulan dan mampu memberi idea penambahbaikan yang baru.

5. Apa kelebihan kamu berbanding orang lain?

Saya merupakan calon yang paling sesuai untuk kerja ini. Saya tahu bahawa calon diluar sana juga sesuai untuk berkhidmat di sini, namun minat saya untuk maju dan berjaya melainkan saya daripada mereka. Saya amat komited dalam mendapatkan hasil yang bagus. Contoh nya,

i. Dapat status 5S dari MPC – dalam masa sebulan sahaja bersama kumpulan. ii. Sales – 3k iii. Misi Kemanusian di Indonesia.

6. Kalau diberi peluang untuk pilih kerja nak dekat mana?

Secara ikhlasnya, saya mahukan jawatan ini dan tidak akan memohon jawatan lain selain daripada XXX. Saya merupakan calon yang sesuai kerana : i. Alumni XXX ii. Produk XXX iii. Berpengalaman dalam banyak aktiviti kampus

7. Ada mohon kerja mana-mana tak?

Saya ada juga memohon untuk mendapatkan latihan seperti di Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dan Graduate Emploability Management Scheme (GEMS). Selain itu saya juga dipanggil temuduga untuk Jawatan Pegawai Perhubungan Keluarga di Saidina Solutions, namun saya tolak.

8. Tak kisah gaji kecil?

Saya berharap dapat meningkatkan taraf hidup saya, namun saya lebih fokus kepada kerjaya daripada nilai gaji itu sendiri.

9. Cara kerja anda?

Saya fokus kepada setiap kerja dan berterusan akan memastikan setiap kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

10. Berapa jam anda bekerja?

Saya bekerja selama mana yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan.

11. Contoh kerja berpasukan?

Semasa menyiapkan tesis, Dr. Naila telah memperkenalkan Peer Assisted learning. Kerja cepat siap berbanding kumpulan lain dan lebih mudah.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga Kerja Kerajaan telah pun di buka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga Pembantu Operasi N11 dan jawatan lain kerajaan terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image