Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Bakal hadiri temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19? atau, sedang cari Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 untuk persiapan temuduga kerja anda?

Bagi calon Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang layak menghadiri temuduga, anda semestinya akan mencari tips bagi membantu anda menghadapi temuduga tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 merupakan antara proses temuduga kemasukan jawatan kerajaan yang ditakuti kebanyakan calon temuduga SPA.

Salah satu tips yang boleh kami kongsikan dengan anda untuk menghadapi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 dan jawatan kerajaan yang lain adalah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga.

Sekiranya anda telah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya, anda semestinya boleh membuat persediaan yang rapi bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Ini bakal membantu anda untuk menghadapi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 nanti.

Jangan risau, kami sedia membantu anda. Dalam artikel ini, telah disediakan buat anda Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19. Sila teliti setiap daripada soalan-soalan ini untuk mengetahui struktur soalan yang bakal disoal kepada anda nanti.

Namun, sebelum meneliti contoh-contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19, ada baiknya jika anda ambil tahu serba sedikit maklumat tentang jawatan ini terlebih dahulu.

TUGAS PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Pertama, anda perlulah mengetahui bidang tugas bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 sebelum anda memohon jawatan ini.

Untuk makluman anda, seorang Pembantu Tadbir Kewangan W19 bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

  1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
  3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Kebiasaannya, dalam sesi temuduga nanti, soalan berkaitan tugas seorang Pembantu Tadbir Kewangan W19 merupakan antara soalan wajib yang bakal diajukan kepada calon temuduga.

Jadi, anda perlu faham tugas-tugas diatas dan bukan sahaja menghafal senarai tugas yang diberikan. Dengan memahami senarai tugas diatas akan memudahkan untuk anda menjawab dan menghuraikan tugas seorang Pembantu Tadbir W19 apabila ditanya nanti.

BAGAIMANAKAH PENILAIAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR W19 DIJALANKAN?

Selain daripada mengetahui serba sedikit tentang jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19, anda juga perlulah mengetahui apakah ciri-ciri penilaian calon dalam temuduga SPA.

Dalam temuduga bagi jawatan ini, anda akan dinilai oleh penemuduga dalam beberapa kriteria untuk diberikan markah.

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bagaimana penilaian terhadap calon temuduga dijalankan. Hal ini kerana dengan mengetahui cara penilaiannya, anda bolehlah mempraktikan segala kriteria yang diinginkan oleh penemuduga itu.

Berikut merupakan kriteria-kriteria yang akan dinilai oleh penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan:

  1. Kemahiran Berkomunikasi
  2. Gaya non-verbal
  3. Isi jawapan anda
  4. Penampilan
  5. Tingkah laku
  6. Keyakinan

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Seterusnya, anda perlu mengetahui bentuk soalan serta contoh-contoh soalan temuduga bagi jawatan ini. Untuk makluman, soalan-soalan temuduga ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Berikut merupakan pembahagian soalan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

  • Latar Belakang Dan Kelayakan Calon
  • Pengetahuan Am
  • Isu Semasa Berkaitan Negara
  • Soalan Berkaitan Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19

Anda haruslah membuat bacaan sebelum menghadiri temuduga ini terutama sekali untuk soalan-soalan yang ditanya pada bahagian pengetahuan am, isu semasa berkaitan negara serta dasar kerajaan.

Antara contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 adalah seperti berikut:

LATAR BELAKANG DAN KELAYAKAN CALON

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 dalam bahagian Latar Belakang Dan Kelayakan Calon.

1.) Sila perkenalkan diri anda.
2.) Kelayakan apakah yang anda miliki?
3.) Adakah anda fikir anda layak untuk menyandang jawatan ini? Berikan alasan.
4.) Sejauh mana pengetahuan anda tentang jawatan yang anda pohon ini?
5.) Adakah anda betul-betul ingin menjawat jawatan ini atau sekadar terpaksa?
6.) Apakah kelebihan yang ada pada diri anda sehingga menyebabkan kami harus memilih anda dan bukannya orang lain?
7.) Mengapakah anda berhasrat untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Tadbir?
8.) Ceritakan serba sedikit tentang pengalaman yang berkaitan dengan jawatan Pembantu Tadbir?
9.) Mengapakah anda ingin meninggalkan kerja anda sekarang?
10.) Bagaimanakah untuk anda menyesuaikan latar belakang anda dengan jawatan ini?
11.) Berikan contoh kerja kebajikan yang pernah anda lakukan.

PENGETAHUAN AM CALON PEMBANTU TADBIR

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 bagi bahagian Pengetahuan Am.

1.) Apakah yang anda faham tentang SST?
2.) Terangkan pelaksanaan SST?
3.) Pada pendapat anda, adakah SST membebankan rakyat?
4.) Sebutkan nama Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
5.) Siapakah nama Menteri Kesihatan Malaysia (bagi yang memohon jawatan Pembantu Tadbir Kewangan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia)
6.) Sebutkan Rukun Negara.
7.) Berapakah jumlah Jemaah Kabinet dalam Kerajaan Persekutuan?
8.) Malaysian Qualification Agencies (MQA) merupakan satu agensi yang sangat berkaitan dengan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Apakah yang anda faham tentang MQA?
9.) Apakah tugas yang dijalankan oleh MQA?
10.) Berikan pendapat anda tentang Komitmen Kerja Kedua.
11.) Apakah objektif utama Dasar Sosial Negara?
12.) Apakah panggilan yang diberikan kepada individu yang menjadi ahli dalam Dewan Negara?
13.) Sebutkan komponen yang terlibat dalam Badan Perundangan di Malaysia?
14.) Adakah wajar projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dihentikan? Beri pandangan anda.
15.) Apakah fungsi Agong di dalam Parlimen?

ISU SEMASA BERKAITAN NEGARA

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 bagi bahagian Isu Semasa Berkaitan Negara.

1.) Berikan pendapat anda tentang pelancaran Tabung Harapan Malaysia.
2.) Pada pandangan anda, patutkah peminjam PTPTN membayar semula pinjaman mereka?
3.) Bagaimana pandangan anda tentang UEC?
4.) Jelaskan penglibatan Malaysia dalam membantu negara-negara bergolak seperti Palestin dan sebagainya?
5.) Apakah itu penyakit HFMD? (Untuk pemohon jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 di bawah Kementerian Kesihatan)
6.) Bagaimanakah usaha kerajaan menangani penyakit ini?
7.) Terangkan serba sedikit tentang hasil lawatan Perdana Menteri ke Jepun?
8.) Apakah usaha terkini yang kerajaan laksanakan dalam usaha memupuk perpaduan?
9.) Adakah anda rasa Projek ECRL perlu dihentikan atau diteruskan?
10.) Bagaimanakah kadar Ringgit Malaysia ketika ini?

SOALAN BERKAITAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 bagi bahagian Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19

1.) Apakah bidang tugas jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19?
2.) Selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, berikan contoh kementerian atau jabatan lain yang turut menggunakan khidmat Pembantu Tadbir Kewangan W19 di bawah kementerian/jabatan mereka.
3.) Apakah persamaan tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19 dengan jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi?
4.) Mengapakah jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini diwujudkan?
5.) Apa itu panjar? Panjar ada berapa jenis? Sebutkan. Huraikan.
6.) Apa itu sebut harga.
7.) Apa itu tender.
8.) Apa itu perolehan kerajaan.
9.) Sebutkan jenis perakaunan di malaysia. (ada dua, tunai dan perakaunan akruan)
10.) Ceritakan apa yang kau tau mengenai belanjawan.
11.) Bajet 2018 (ikut tahun interview) (soalan wajib study)
12.) Nama Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Negara, Agung, Ketua Perbendaharaan. (soalan famous)
13. Rasuah!!!

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Sedikit tips dan nasihat yang boleh kami berikan kepada anda adalah sila pastikan anda membuat persediaan yang cukup rapi terlebih dahulu. Teliti soalan-soalan contoh serta bersedia dengan jawapan-jawapan yang baik kepada soalan itu.

Selain persediaan, apa yang penting adalah penampilan anda semasa hari temuduga tersebut. Tunjukkan keyakinan anda dan jangan sesekali menampakkan diri anda tidak bersedia atau masih ragu-ragu.

Pihak kami berharap semoga dengan perkongsian artikel contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk menghadapi temuduga bagi jawatan ini. Selamat berjaya!

PANDUAN TEMUDUGA W19 KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Leave a Reply