Cara Memohon Tuntutan Perjalanan & Perubatan Ahli Keluarga Khas Buat Penjawat Awam

5,836

Tahukah anda bahawa sebagai seorang penjawat awam, anda berhak sebenarnya untuk membuat tuntutan perjalanan dan juga jika keluarga anda sakit, anda layak untuk menerima kemudahaan perubatan.

Inisiatif ini sebenarnya telah lama disediakan oleh kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk menjaga kebajikan penjawat awam di negara ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pekeliling tuntutan perjalanan dan perubatan ahli keluarga ini, anda bolehlah klik pada link yang tertera di bawah.

  • Pekeliling Tuntutan Perjalanan Dan Perubatan Ahli Keluarga: Klik Sini

Tuntutan ini merupakan salah satu inisiatif yang menguntungkan anda. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan supaya anda mengambil peluang mengemukakan permohonan tuntutan ini.

SAYA TAK TAHU NAK MOHON?

Anda berminat untuk memohon tetapi tidak tahu bagaimana untuk kemukakan permohonan? Jangan risau! Kami sedia membantu anda. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Cara Memohon Tuntutan Perjalanan Dan Perubatan Ahli Keluarga Khas Buat Penjawat Awam.

Namun, sebelum mengetahui cara permohonan, ada baiknya untuk anda meneliti beberapa maklumat penting berkenaan tuntutan ini terlebih dahulu contohnya seperti syarat-syarat kelayakan, kemudahan yang bakal anda perolehi dan lain-lain lagi.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TUNTUTAN PERUBATAN AHLI KELUARGA PENJAWAT AWAM

Pertama, anda perlu tahu terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan memohon tuntutan ini. Sila teliti setiap syarat ini untuk memastikan sama ada anda layak memohon atau tidak. Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon tuntutan perjalanan dan perubatan ahli keluarga penjawat awam adalah seperti berikut:

  1. Pesara Awam Persekutuan
  2. Ahli Keluarga Yang layak (Suami/Isteri atau anak-anak yang berumur kurang daripada 18 tahun atau yang masih bersekolah kurang daripada 21 tahun.)
  3. Anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.

Inisiatif ini sebenarnya tertakluk di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 yang telah dikuatkuasa pada tarikh 1/11/2009. Namun, terdapat sedikit perbezaan bagi Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan kerana jawatan ini tertakluk pada penerimaan pihak berkuasa masing-masing.

KEMUDAHAN PERUBATAN YANG LAYAK DITERIMA

Melalui tuntutan ini, anda layak menerima beberapa faedah daripada segi kemudahan perubatan. Berikut merupakan senarai kemudahan perubatan yang layak anda terima melalui tuntutan yang dibuat.

  1. Pembekalan ubat
  2. Pembekalan alat perubatan
  3. Dialisis
  4. Rawatan kecemasan di hospital swasta
  5. Rawatan di IJN
  6. Rawatan kemandulan
  7. Rawatan luar negeri
  8. Rawatan kepakaran di hospital swasta

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TUNTUTAN PERJALANAN BAGI MENDAPATKAN RAWATAN

Jika tadi anda sudah mengetahui syarat kelayakan untuk membuat tuntutan perubatan ahli keluarga, kini anda perlu teliti pula syarat kelayakan memohon tuntutan perjalanan bagi tujuan mendapatkan rawatan. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Mendapat pengesahan sakit daripada pegawai perubatan.
  • Memerlukan rawatan di tempat yang jauh.
  • Berkhidmat dengan kerajaan.
  • Tujuan perjalanan mestilah untuk merawat penyakit.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN PERUBATAN AHLI KELUARGA PENJAWAT AWAM

Untuk mengemukakan permohonan bagi tuntutan ini, anda hanya perlu mengisi borang yang boleh didownload secara online. Kami telah sediakan link untuk download borang tersebut di bawah. Berikut merupakan cara-cara untuk anda kemukakan permohonan tuntutan ini.

  1. Dapatkan pengesahan daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebagai bukti.
  2. Download borang tuntutan secara online. Sila klik link yang kami sediakan di bawah.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap.
  4. Sertakan dokumen kewangan (contohnya seperti invois, bil, resit dan lain-lain.)
  5. Hantar borang kepada majikan anda.

BORANG TUNTUTAN PERJALANAN DAN PERUBATAN AHLI KELUARGA

Borang ini dinamakan Borang Perubatan 1/09 dan boleh didapati secara online. Berikut disediakan link untuk anda download borang ini.

borang perubatan 1

borang perubatan 2

borang perubatan 3

borang perubatan 4

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan anda. Jadi, janganlah anda lepaskan peluang ini. Mohonlah tuntutan ini sekiranya anda layak. Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image