Tahu tak apa yang disoal dalam peperiksaan Psikometrik Pegawai Tadbir N9? Skop soalan bagaimana yang disoal? Kaedah penilaian exam pula bagaimana? Bagaimana pula kriteria lulus peperiksaan Psikometrik Pegawai Tadbir? Banyak bukan persoalan anda sebagai calon.
Ramai calon yang pertama kali dipanggil exam masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dinilai dalam ujian ini. Ada yang risau kerana belum pernah jawab ujian psikometrik, ada juga yang kurang jelas tentang format soalan dan cara pemarkahan.
Jadi, artikel ini menghimpunkan penerangan lengkap tentang Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N9 termasuk maksud ujian, kaedah penilaian, status lulus atau gagal, skop soalan, trait yang dinilai, tugas jawatan, serta 30 contoh soalan psikometrik Pegawai Tadbir N9 lengkap dengan jawapan dan penerangan.
Jawapan Ringkas Tentang Psikometrik Pegawai Tadbir N9
Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N9 ialah ujian personaliti dan kesesuaian calon yang digunakan untuk menilai ciri seperti kepimpinan, integriti, kerjasama, kestabilan emosi, komunikasi, disiplin dan kejujuran. Ujian ini bukan sekadar mengukur pengetahuan akademik, tetapi melihat sejauh mana calon sesuai dengan pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) dan kerja berpasukan (team-fit).
Nak buat persediaan lebih tersusun?
Gunakan rujukan khas psikometrik untuk biasakan diri dengan bentuk soalan, jawapan dan nota ringkas sebelum exam sebenar.
Untuk makluman calon! Soalan di bawah adalah sesuai untuk rujukan Pegawai Tadbir pelbagai jabatan dan kementerian. Anda boleh gunakan soalan-soalan di bawah sebagai rujukan untuk peperiksaan Psikometrik Pegawai Tadbir N9 Rekod Perubatan, KKM, JPA atau mana-mana jabatan. Anda hanya perlu sesuaikan soalan di bawah dengan fungsi tugas jawatan.
Tak pasti? Kurang jelas? Tak pernah jawab exam? Baru grad? Itu perkara biasa bagi calon pertama kali terlibat dalam peperiksaan jawatan kerajaan. Yang penting, anda faham struktur ujian dan mula buat persediaan dengan betul.
TAHNIAH DAPAT EXAM, BUAT SEHABIS BAIK
Sebelum itu, tahniah admin ucapkan bagi calon terpilih duduki peperiksaan online nanti. Sekiranya anda mendapat panggilan ujian, ini bermakna anda sudah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan ini adalah langkah pertama sebelum anda mendapat lantikan perjawatan.
Syarat nak dapatkan lantikan bagi jawatan ini, calon wajib lulus dan jawab soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N9 pada tarikh dan masa yang ditetapkan terlebih dahulu. Calon peperiksaan Pegawai Tadbir N9 akan diuji dengan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir. Ujian ini tidak banyak bezanya dengan Ujian Sahsiah dan Minat.
Berikut sedikit informasi berkaitan Ujian Psikometrik SPA dan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N9.
Ringkasan Seksyen Ini
- Panggilan exam menunjukkan anda sudah melepasi tapisan awal.
- Psikometrik ialah syarat penting sebelum ke peringkat seterusnya.
- Anda perlu faham bentuk ujian, bukan sekadar hafal jawapan.
APA ITU UJIAN PSIKOMETRIK?
Menurut Portal SPA Malaysia;
Ujian psikometrik dirancang untuk mengukur trait-trait individu berdasarkan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit), serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Ujian Psikometrik SPA adalah sejenis ujian yang digunakan untuk menilai aspek-aspek psikologi seseorang calon yang tidak boleh diukur melalui peperiksaan akademik semata-mata.
APA YANG DINILAI DALAM UJIAN PSIKOMETRIK?
Kepimpinan
Kemampuan untuk memimpin, membuat keputusan dan mengarahkan orang lain.
Kebolehan Sosial
Kemampuan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.
Komunikasi
Keupayaan menyampaikan dan menerima maklumat dengan jelas.
Toleransi dan Kerjasama
Kemampuan menerima perbezaan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.
Kestabilan Emosi
Kemampuan mengawal emosi dalam pelbagai situasi termasuk ketika berdepan tekanan.
Integriti, Disiplin dan Kejujuran
Aspek nilai, moral, etika kerja dan kebolehpercayaan calon.
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.
Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.
Tahukah anda SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.
Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga. Itu antara kaedah penilaian yang digunakan untuk menyisihkan calon layak menjawat sesuatu jawatan dan tidak.
ADAKAH UJIAN PSIKOMETRIK ADA STATUS LULUS & GAGAL?
Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada:
- kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan,
- di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu:
- berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga,
- contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.
KAEDAH PENILAIAN UJIAN PSIKOMETRIK
Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk:
- Mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu:
- Menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.
Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
-
Sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.
Ringkasan Seksyen Ini
- Ujian psikometrik menilai keserasian calon, bukan semata-mata pengetahuan akademik.
- Jawapan perlu jujur dan konsisten.
- Keputusan juga dipengaruhi merit keseluruhan dan nisbah panggilan temu duga.
TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR DIADAKAN
Tujuan utama Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N9 diadakan adalah untuk mengukur personaliti dan sahsiah seseorang calon sebelum layak dipanggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.
Ujian ini dikenali juga dengan Ujian Psikologi SPA, Ujian Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA. Tujuannya jelas, ingin memilih calon yang mempunyai daya pemikiran yang sesuai dengan jawatan yang akan dijawat nanti.
Ujian psikometrik yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan alat penilaian yang penting dalam proses pemilihan calon untuk pelbagai jawatan dalam sektor awam di Malaysia. Ujian ini bertujuan untuk menilai pelbagai aspek personaliti, kebolehan kognitif, serta kesesuaian calon dengan keperluan dan budaya kerja dalam perkhidmatan awam.
Trait Utama Yang Sering Dinilai
1. Integriti
Menilai tahap kejujuran, etika dan prinsip moral calon.
2. Kerjasama Berpasukan
Menilai kemampuan calon bekerja dengan orang lain dan berkongsi tanggungjawab.
3. Kepimpinan
Menilai kemampuan calon memimpin, mengambil inisiatif dan memotivasi orang lain.
4. Empati
Menilai keupayaan memahami perasaan dan keperluan orang lain.
5. Kestabilan Emosi
Menilai sejauh mana calon mampu mengawal emosi ketika berdepan tekanan dan cabaran.
Lulus seksyen ini juga merupakan syarat penting dalam pengambilan Pegawai Tadbir N9. Berdasarkan peranan dan tugas seorang Pegawai Tadbir N9 yang pelbagai, seorang calon layak perlulah mempunyai ciri kepimpinan dan pemikiran positif.
UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR N9
Seksyen Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”. Ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Dengan kata lain, kecenderungan anda akan dinilai melalui set soalan yang diajukan.
Konsep ujian Psikologi sama seperti ujian Fizikal yang diadakan, ia cenderung untuk memilih calon yang layak dari segi pemikiran.
TUGAS SEORANG PEGAWAI TADBIR
Secara umumnya berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pegawai Tadbir N9 mengikut skop tugas yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia.
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Selain itu, seorang Pegawai Tadbir juga mempunyai tugas seperti di bawah;
Juga bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.
Untuk menyandang jawatan Pegawai Tadbir N9, calon perlulah dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan. Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir N9.
SKOP SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK/PENAKSIRAN PERSONALITI SPA
Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;
- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi
- dan lain-lain
CHECKLIST PERSEDIAAN CALON SEBELUM EXAM
- Faham tujuan sebenar ujian psikometrik.
- Tahu trait utama yang dinilai seperti integriti, kerjasama, kepimpinan dan kestabilan emosi.
- Biasakan diri dengan skala jawapan seperti Setuju / Tidak Setuju atau Ya / Tidak.
- Jawab secara jujur dan konsisten.
- Fikir berdasarkan peranan Pegawai Tadbir dan situasi kerja sebenar.
- Latih refleksi diri sebelum exam, bukan hafal jawapan semata-mata.
JADUAL RINGKASAN PENILAIAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR N9
| Komponen | Apa Yang Dinilai | Fokus Calon |
|---|---|---|
| Kepimpinan | Inisiatif, keputusan, pengaruh terhadap orang lain | Jawab konsisten dengan ciri memimpin |
| Kerjasama | Keupayaan bekerja dalam kumpulan | Tunjukkan sikap terbuka dan membantu |
| Integriti | Kejujuran, etika, amanah | Elakkan jawapan bercanggah |
| Komunikasi | Interaksi, penyampaian maklumat, kebolehan sosial | Jawab dengan imej profesional |
| Kestabilan Emosi | Kawalan emosi dan reaksi terhadap tekanan | Tunjukkan kematangan dan kawalan diri |
| Disiplin | Pematuhan peraturan dan tanggungjawab | Pilih jawapan yang mencerminkan profesionalisme |
30 CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR SPA
Berikut adalah senarai contoh soalan psikometrik Pegawai Tadbir N9 yang menguji pelbagai aspek seperti penilaian keperibadian, sikap, empati, kerjasama, motivasi diri, dan penilaian emosi.
Penilaian ini pula boleh berubah mengikut jenis jawatan dan situasi.
Setiap soalan mempunyai 5 pilihan jawapan (A. Sangat Tidak Setuju, B. Tidak Setuju, C. Tidak Pasti, D. Setuju, E. Sangat Setuju) dan disertakan dengan penerangan serta jawapan yang sesuai.
Sikap Positif
1. Saya optimis tentang masa depan saya dalam bidang pentadbiran.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Setuju
Penerangan: Sikap optimis adalah penting untuk kemajuan dalam kerjaya dan menyumbang kepada kecemerlangan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
2. Saya sering mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran saya.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Usaha untuk meningkatkan kemahiran diri menunjukkan sikap proaktif dan komitmen terhadap kerjaya.
Integriti dan Etika Kerja
3. Saya sentiasa mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Mematuhi peraturan dan prosedur adalah penting untuk menjaga integriti dan kredibiliti dalam kerja.
4. Saya tidak akan berkompromi dengan etika kerja walaupun menghadapi tekanan.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Etika kerja yang kukuh adalah asas kepada kepercayaan dan kejujuran dalam perkhidmatan awam.
Kerjasama Berpasukan
5. Saya suka bekerjasama dengan rakan sekerja untuk mencapai matlamat bersama.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Kerjasama berpasukan yang baik adalah penting untuk kejayaan projek dan penyelidikan.
6. Saya terbuka kepada pandangan dan idea rakan sekerja.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Keterbukaan kepada pandangan lain membantu dalam membuat keputusan yang lebih baik dan inovatif.
Kepimpinan
7. Saya sering mengambil inisiatif untuk memimpin projek.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Kepimpinan yang proaktif adalah penting untuk memastikan projek berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat.
8. Saya mampu memotivasi rakan sekerja untuk bekerja lebih keras.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Keupayaan memotivasi orang lain adalah tanda kepimpinan yang efektif.
Empati
9. Saya memahami perasaan dan keperluan rakan sekerja saya.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Empati penting untuk membina hubungan kerja yang baik dan persekitaran kerja yang positif.
10. Saya mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Menghargai pandangan orang lain membantu dalam membuat keputusan yang lebih inklusif dan adil.
Motivasi Diri
11. Saya berusaha keras untuk mencapai matlamat saya walaupun menghadapi cabaran.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Motivasi diri yang tinggi membantu dalam mengatasi cabaran dan mencapai kejayaan.
12. Saya menetapkan matlamat yang tinggi untuk diri saya sendiri.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Menetapkan matlamat tinggi adalah tanda aspirasi dan keinginan untuk mencapai yang terbaik.
Kestabilan Emosi
13. Saya mampu mengendalikan tekanan dengan baik.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Kestabilan emosi penting untuk mengekalkan prestasi kerja yang konsisten dalam situasi yang mencabar.
14. Saya tidak mudah berasa tertekan atau cemas.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: C. Tidak Pasti
Penerangan: Walaupun penting untuk tidak mudah tertekan, situasi berbeza mungkin mempengaruhi tindak balas emosi seseorang.
Extraversion
15. Saya suka berinteraksi dengan orang lain.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Interaksi sosial yang baik membantu dalam membina jaringan profesional yang luas dan berkesan.
16. Saya merasa selesa bercakap di hadapan kumpulan besar.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Keyakinan dalam bercakap di hadapan orang ramai adalah tanda sifat extraversion yang kuat.
Kebersetujuan
17. Saya suka membantu rakan sekerja yang menghadapi kesulitan.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Sifat suka membantu menunjukkan kebersetujuan yang tinggi dan mendorong suasana kerja yang positif.
18. Saya mudah bertolak ansur dengan orang lain.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Bertolak ansur adalah kunci kepada hubungan kerja yang harmoni dan berkesan.
Kehematan
19. Saya sentiasa merancang tugas saya dengan teliti.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Perancangan yang teliti adalah penting untuk mencapai hasil yang berkualiti tinggi.
20. Saya memastikan semua tugasan diselesaikan tepat pada masanya.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Mematuhi masa adalah tanda disiplin dan tanggungjawab dalam pekerjaan.
Kestabilan Emosi
21. Saya tidak mudah marah apabila menghadapi kesulitan.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Kesabaran adalah kunci kepada kestabilan emosi dan kemampuan mengatasi cabaran dengan tenang.
22. Saya mampu mengawal perasaan saya dalam situasi yang mencabar.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Keupayaan mengawal perasaan menunjukkan kestabilan emosi yang penting dalam persekitaran kerja yang mencabar.
Keterbukaan
23. Saya suka mencuba idea-idea baru dalam kerja saya.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Keterbukaan kepada idea baru adalah penting untuk inovasi dan peningkatan dalam pekerjaan.
24. Saya bersedia untuk belajar daripada kesilapan saya.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Sikap belajar daripada kesilapan menunjukkan keterbukaan untuk penambahbaikan berterusan.
Amanah
25. Saya boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas tanpa pengawasan.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Amanah adalah penting untuk membina kepercayaan dalam pasukan dan memastikan tugas dilaksanakan dengan baik.
26. Saya sentiasa jujur dalam semua tindakan saya.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Kejujuran adalah asas kepada integriti dan kredibiliti dalam perkhidmatan awam.
Tanggungjawab
27. Saya mengambil tanggungjawab penuh untuk hasil kerja saya.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Tanggungjawab penuh adalah tanda komitmen dan profesionalisme dalam pekerjaan.
28. Saya memastikan setiap tugas yang diberikan kepada saya diselesaikan dengan sempurna.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Kesempurnaan dalam melaksanakan tugas menunjukkan dedikasi dan kecekapan kerja.
Ikhlas
29. Saya sentiasa ikhlas dalam membantu rakan sekerja.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Keikhlasan dalam membantu rakan sekerja membantu membina persekitaran kerja yang positif dan harmonis.
30. Saya ikhlas dalam setiap tindakan saya, tanpa mengharapkan balasan.
- A. Sangat Tidak Setuju
- B. Tidak Setuju
- C. Tidak Pasti
- D. Setuju
- E. Sangat Setuju
Jawapan: E. Sangat Setuju
Penerangan: Keikhlasan dalam tindakan menunjukkan niat yang baik dan menyumbang kepada integriti peribadi.
Peperiksaan psikometrik bagi jawatan ini membantu menilai kebolehan calon dalam aspek keperibadian, sikap, empati, dan kerjasama yang relevan dengan tugas mereka.
Dengan persediaan yang rapi dan latihan yang mencukupi, calon boleh meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam peperiksaan ini.
Nak lebih yakin sebelum exam?
Semak rujukan psikometrik lengkap yang mengandungi nota ringkas, contoh soalan dan panduan format terkini peperiksaan online SPA.
PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR SPA
Rujukan ini telah disesuaikan dengan format terkini peperiksaan online SPA setiap tahun. Khas untuk peperiksaan kemasukan jawatan kerajaan, rujukan ini dihasilkan khas untuk membantu persediaan anda. Antara yang dimuatkan dalam rujukan psikometrik ini ialah;
- Nota Ringkas untuk jimat masa persediaan anda
- Contoh Soalan & Jawapan untuk melazimkan anda dengan format Psikometrik N9
Untuk maklumat lanjut pastikan anda terus ke laman jualan di bawah untuk preview kandungan. Selain itu, sebagai persediaan tambahan, pihak kami juga akan menghantar emel secara berkala kepada anda yang mengandungi maklumat lanjut berkaitan exam berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan Pegawai Tadbir N9, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon Pegawai Tadbir N9.
FAQ Lengkap Peperiksaan Psikometrik
Di bawah merupakan FAQ lengkap exam Pegawai Tadbir untuk rujukan anda
