Info Kerjaya Malaysia

Contoh Soalan Pengetahuan AM PPTN29 Dengan Jawapan

404

Secara umum bahagian ini akan menguji calon dengan subjek dan skop soalan yang luas.

Untuk pengetahuan anda, topik soalan Pengetahuan AM Penolong Pegawai Tadbir merupakan seksyen peperiksaan yang meluas. Soalan Pengetahuan AM akan disesuaikan dengan tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir dalam pentadbiran moden kini.

Kunci utama untuk menjawab ialah pengetahuan umum calon kepada isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara berikut;

yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain perkembangan yang berkaitan.

Selain itu peristiwa penting yang berlaku dalam dan luar negara juga boleh menjadi subjek pertanyaan.

Ingat: Selalunya soalan berkaitan peristiwa dunia yang meninggalkan kesan akan di tanya untuk menguji pengetahuan calon.

Tujuan utama seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekeliling pada amnya dan Malaysia khasnya.

Berikut antara contoh soalan Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling dalam peperiksaan online SPA yang lepas.

BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN PPTN29 DI BAWAH?

Ikut arahan berikut:

  • Untuk menjawab sila baca Soalan terlebih dahulu
  • Pilih jawapan dengan memilih dari senarai jawapan yang diberikan
  • Anda akan di bawa ke soalan seterusnya selepas anda menjawab setiap soalan yang diberikan
  • Jawapan soalan Pengetahuan AM PPTN29 akan diberi di akhir soalan
  • Selamat mencuba
[wp_quiz id=”1″]

PANDUAN & SOALAN PPTN29 SESI 2018

Untuk makluman anda, hebahan jualan dan tempahan panduan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 akan dilakukan dalam masa terdekat.

Contoh Soalan Pengetahuan AM PPTN29 Dengan Jawapan

Pihak kami berada dalam fasa terakhir semakan untuk menyesuaikan nota dan soalan dengan format terkini peperiksaan.

Calon yang daftar ke sistem tempahan di laman pegawaitadbir.com, examptd.info dan juga kerjaya.co perlu menunggu hebahan rasmi yang akan dilakukan kami melalui email, telegram dan juga di fanpage.


close-image