Info Kerjaya Malaysia

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Penerangan

684

Pada tahun ini, Seksyen B – Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan Pembantu Penerangan S19. Anda boleh rujuk dalam jadual waktu peperiksaan Pembantu Penerangan yang dikeluarkan.

Masa yang diberikan untuk menjawab seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Penerangan adalah 20 minit.

Kebiasaannya, Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Penerangan akan menguji anda tentang pemahaman keseluruhan esei. Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.

Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin panjang. Bilangan soalan ditanya antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan yang diberikan.

Oleh itu, ia memerlukan anda membaca petikan dan fahami apa yang
disampaikan dalam petikan tersebut. Ambil sedikit masa untuk membaca
soalan-soalan pada petikan yang diberikan sambil lalu. Kemudian, anda
boleh membaca keseluruhan petikan dan mula menjawab soalan yang
disediakan.

Dalam pecahan kedua, ia boleh menguji anda tentang tatabahasa iaitu penggunaan Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.

Persediaan anda disini adalah dengan mengingati kembali grammar Bahasa Inggeris. Anda boleh diuji dalam kedua-dua pecahan ini atau salah satu daripadanya.

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS PEMBANTU PENERANGAN S19

Di bawah merupakan Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Penerangan khas untuk rujukan calon Peperiksaan 2019.

Anda boleh jadikan soalan berikut sebagai contoh dan rujukan terlebih dahulu.

Sila download soalan berikut melalui pautan disediakan di bawah untuk menjawab.

DOWNLOAD SOALAN

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENERANGAN S19

Calon Pembantu Penerangan S19, pastikan anda dapatkan rujukan di bawah sebagai rujukan peperiksaan anda. Terus buat tempahan melalui pautan di bawah.

Soalan-Pembantu-Penerangan-S19

KLIK SINI UNTUK BELI

close-image