Info Kerjaya Malaysia

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Juruaudit W41/W29

571

Pada tahun ini, Seksyen B – Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan Juruaudit W41/W29. Anda boleh rujuk dalam jadual waktu peperiksaan Juruaudit W41/W29 yang dikeluarkan di bawah.

Jadual Peperiksaan Juruaudit

Masa yang diberikan untuk menjawab seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris Juruaudit W41/W29 adalah 20 minit.

Kebiasaannya, Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris Juruaudit W41/W29 akan menguji anda tentang pemahaman keseluruhan esei. Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.

Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin panjang. Bilangan soalan ditanya antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan yang diberikan.

Oleh itu, ia memerlukan anda membaca petikan dan fahami apa yang
disampaikan dalam petikan tersebut. Ambil sedikit masa untuk membaca
soalan-soalan pada petikan yang diberikan sambil lalu. Kemudian, anda
boleh membaca keseluruhan petikan dan mula menjawab soalan yang
disediakan.

Dalam pecahan kedua, ia boleh menguji anda tentang tatabahasa iaitu penggunaan Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.

Persediaan anda disini adalah dengan mengingati kembali grammar Bahasa Inggeris. Anda boleh diuji dalam kedua-dua pecahan ini atau salah satu daripadanya.

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS JURUAUDIT W41/W29

Di bawah merupakan Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Juruaudit W41/W29 khas untuk rujukan calon Peperiksaan W41/W29 2019.

Anda boleh jadikan soalan berikut sebagai contoh dan rujukan terlebih dahulu.

Sila download soalan berikut melalui pautan disediakan di bawah untuk menjawab.

DOWNLOAD SOALAN

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41/W29

Atas permintaan calon Peperiksaan Juruaudit W41/W29 sesi ambilan 2019 yang telah mendaftar dalam sistem mailing list Exam JURUAUDIT W41/W29, pihak kami akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Juruaudit W41/W29 tidak lama lagi. Pastikan anda tunggu hebahan rasmi dari Portal Exam JURUAUDIT W41/W29 terus ke email sekiranya anda telah mendaftar.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan JURUAUDIT W41/W29 setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 ~ Jabatan Audit Negara Malaysia

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41/W29, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Juruaudit W41/W29.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut sebagai rujukan peperiksaan anda.

close-image