Info Kerjaya Malaysia

Contoh Cover Letter Simple Untuk Fresh Graduate Dalam Bahasa Melayu

22,147

Cover letter merupakan butiran ringkas diri anda untuk memohon kerja. Walaupun ringkas dan mudah ia memainkan peranan penting untuk merangsang majikan buka dan baca resume anda.

Dalam penulisan cover letter pastikan cover letter anda mempunyai “isi penceritaan” supaya majikan mahu baca lebih lanjut mengenai diri anda dalam resume yang anda sertakan bersama cover letter tadi.

Contoh Cover Letter Simple Untuk Anda

Penyediaan cover letter yang baik sebenarnya tidak perlu terlalu mengikut trend atau format tertentu. Apa yang penting isi cover letter anda tidak kosong dan hambar.

Dalam penyediaan cover letter simple, apa yang perlu ada hanya 3 komponen di bawah sahaja. Ini perkongsian daripada majikan Ir Meor Shamshir mengenai 3 komponen tersebut, mudah saja!

Format karangan sebaiknya tersusun dengan pengisian….

1) SOFT SKILLS

Ada orang tanya macam mana nak compose ayat untuk cover letter bagi resume.

Ini adalah contoh karangan yang saya rasa boleh touching majikan seperti saya. Majikan lain saya tak tahu la…

Format karangan sebaiknya tersusun dengan pengisian WHAT, WHY & HOW.

Contoh Cover Letter Simple Yang Bakal Pukau Majikan

WHAT

Siapa anda. Part ni anda perkenalkan diri dan juga disiplin anda.

WHY

Kenapa anda hantar surat ini. Part ni anda perlu beritahu hasrat menghantar surat kepada bakal majikan. Seeloknya dinyatakan rujukan iklan jawatan kosong berkenaan. Part ini jika diulas dengan baik, akan menampakkan anda memang berminat dengan jawatan di syarikat ini, bukan main hantam saja!

HOW

Bagaimana untuk menghubungi anda. Part ni nak bagitahu bagaimana untuk mengenali anda dengan lebih dekat dan bagaimana untuk menghubungi anda.

Download Contoh Cover Letter di Atas

Anda boleh download contoh cover letter di atas melalui pautan di bawah.

COVER LETTER

close-image