Info Kerjaya Malaysia

Risau Tertinggal Anak Dalam Kereta? Guna Child Reminder Ini Dari Aplikasi Waze

664

Risau Tertinggal Anak Dalam Kereta?

Apabila terbaca berita mengenai kematian kanak-kanak akibat kecuaian ibu atau bapa yang secara tidak sengaja tertinggal anak-anak di dalam kereta sehingga mengakibatkan kematian, pastinya ramai ibu bapa yang risau dan berharap agar tidak melakukan kecuaian ini berlaku kepada mereka.

Guna Child Reminder Ini Dari Aplikasi Waze

Ramai yang tidak tahu bahawa aplikasi Waze ada menyediakan satu bahagian untuk mengingatkan ibu bapa bahawa mereka memandu bersama anak-anak iaitu Child Reminder.

Ingin setting Child Reminder pada Waze anda? Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Cara-Cara Setting Child Reminder Dari Aplikasi Waze

Untuk aktifkan Child Reminder ini, anda hanya perlu :

  • Masuk ke aplikasi WAZE. Klik SETTINGS.
  • Pergi ke bahagian REMINDERS

Risau Tertinggal Anak Dalam Kereta? Guna Child Reminder Ini Dari Aplikasi Waze

Risau Tertinggal Anak Dalam Kereta? Guna Child Reminder Ini Dari Aplikasi Waze

  • Klik CHILD REMINDER dan klik ALLOW REMINDERS .
  • Tetapkan CUSTOME MESSAGE dengan menulis nama anak anda dan mesej-mesej yang berkaitan.

Risau Tertinggal Anak Dalam Kereta? Guna Child Reminder Ini Dari Aplikasi Waze

  • Peringatan akan keluar di skrin telefon serta melalui audio yang mengingatkan anda mengenai anak-anak yang bersama dengan anda setelah tiba di destinasi yang di tuju.
  • Setting untuk CHILD REMINDERS telah pun siap.

Selepas ini ibu bapa boleh setup peringatan ini sebagai langkah berjaga-jaga dan tidak lagi berlaku kematian anak-anak akibat kecuaian diri sendiri. Semoga anak-anak anda semua selamat daripada perkara seperti ini.

close-image