Info Kerjaya Malaysia

Jangan Gelabah Jika Terlupa Password CIMB Clicks. Tetapkan Semula Password Baru Seperti Ini

989

Jangan Gelabah Jika Terlupa Password CIMB Clicks. Tetapkan Semula Password Baru Seperti Ini

Apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa password CIMB Clicks? Risau juga kalau lebih dari 3 kali, akaun kena block pula. Lagi banyak benda yang perlu dibuat apabila akaun bank kena block. Mungkin kerana anda jarang menggunakan CIMB  Clicks dalam tempoh masa yang lama.

Untuk tetapkan semula password online banking anda, lakukan sahaja secara online dan tidak perlu lagi pergi ke kaunter bank yang berdekatan dengan anda.

Cara Tetapkan Semula Password Baru CIMB ClicksUntuk menetapkan semula password baru CIMB Clicks, anda perlu :

  • Klik masuk ke CIMB CLICKS
  • Seterusnya klik FORGOT USER ID & PASSWORD.
  • Klik pada CIMB DEBIT / CREDIT CARD.

Jangan Gelabah Jika Terlupa Password CIMB Clicks. Tetapkan Semula Password Baru Seperti Ini

  • Masukkan NOMBOR KAD CIMB anda.
  • Masukkan 6 DIGIT NOMBOR PIN ATM anda dan sahkan.
  • Klik NEXT untuk seterusnya.

Jangan Gelabah Jika Terlupa Password CIMB Clicks. Tetapkan Semula Password Baru Seperti Ini

  • Masukkan KATA LALUAN yang baru dan sahkan.
  • Klik REQUEST FOR TAC. Masukkan NOMBOR TAC dan klik NEXT.
  • Seterusnya  log masuk ke akaun anda dengan menggunakan password yang baru.

Ingin tahu cara membayar pembelian di Lazada menggunakan Touch ‘n Go eWallet? Klik sini untuk ketahui caranya dan selamat bershopping ya.

close-image