Info Kerjaya Malaysia

Cara Pengiraan Sebenar EPF dan SOCSO Yang Wajib Anda Ambil Tahu

13,302

Employes Provident Fund (EPF) merupakan satu langkah yang diambil untuk memastikan kebajikan pekerja terjaga setelah mereka pencen kelak. EPF berbentuk caruman kewangan yang dipotong daripada gaji pekerja setiap bulan.

Potongan gaji tersebut akan tetap berjalan setiap bulan dan akan masuk ke dalam akaun EPF anda. Potongan tersebut akan dikumpulkan di dalam akaun EPF anda sehinggalah anda bersara nanti. Pada masa itu, barulah anda boleh mengeluarkan wang yang terkumpul dalam akaun EPF ini.

Caruman EPF ini juga memerlukan kerjasama kedua-dua pihak iaitu pekerja (anda) serta majikan. Kedua-dua pihak perlu mengeluarkan wang untuk bahagian tersendiri. Jumlah caruman EPF pula adalah berdasarkan gaji pekerja dan jumlah yang perlu dicarum oleh majikan dan pekerja adalah berbeza.

Sementara itu, Social Security Organization (SOCSO) pula merupakan satu inisiatif daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Konsep SOCSO juga sama seperti EPF iaitu penolakan gaji untuk caruman tetapi bezanya adalah wang SOCSO boleh dituntut apabila sesuatu kemalangan berlaku kepada pekerja. Dalam erti kata lain, SOCSO adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dalam aspek keselamatan pekerja.

Sama ada anda perasan atau tidak, di dalam penyata gaji anda sebenarnya telah terdapat amaun ataupun jumlah potongan untuk EPF dan juga SOCSO. Berikut merupakan salah satu contoh penyata gaji yang telah terdapat tolakan EPF dan SOCSO di dalamnya.

epf 1

CARA PENGIRAAN EPF DAN SOCSO

PERKESO dan KWSP telah menyediakan jadual pengiraan untuk kedua-dua EPF dan juga SOCSO. Hal ini kerana jumlah caruman SOCSO dan EPF yang ditolak daripada gaji anda adalah berdasarkan tangga gaji anda sendiri. Ini akan menyebabkan anda tidak mendapat jumlah yang tepat sekiranya anda kira menggunakan kalkulator secara rawak.

CARA PENGIRAAN JUMLAH CARUMAN UNTUK EPF

Untuk makluman anda, kadar peratusan tolakan caruman EPF daripada gaji pekerja adalah sebanyak 11% manakala bagi majikan pula, tolakan untuk caruman adalah sebanyak 12%. Hal ini bermakna 12% daripada gaji akan dibayar oleh majikan setiap bulan. Namun, harus diingat bahawa kadar 11% itu tidak boleh dikira secara rawak. Kiraan mestilah berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh KWSP.

Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lebih tepat.

epf 2

epf 3

epf 4

epf 5

epf 6

epf 7

epf 8

CARA PENGIRAAN JUMLAH CARUMAN UNTUK SOCSO

Berikut pula merupakan jadual yang dibekalkan oleh PERKESO sebagai panduan untuk pengiraan jumlah caruman bagi SOCSO. Sila rujuk jadual yang disediakan di bawah.

socso 1

socso 2Adalah penting untuk anda mengetahui cara kiraan jumlah caruman EPF dan SOCSO bagi memastikan anda tidak ditipu oleh majikan. Pengetahuan ini juga penting kerana potongan EPF dan SOCSO adalah untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anda. Diharapkan semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda golongan pekerja jawatan kerajaan dan juga swasta.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel yang dikeluarkan oleh KWSP ini.

close-image