Info Kerjaya Malaysia

Cara Mudah Simpan Dan Jimatkan Wang Sepanjang PKP

954

Simpan Dan Jimat Wang

Musim PKP ini ramai antara kita yang diuji dengan beberapa masalah terutamanya masalah kewangan iaitu sumber kewangan yang tidak mencukupi. Syukur sekiranya anda tidak mempunyai masalah dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya anda ingin mengelak seperti ini berlaku dalam hidup anda, ikuti langkah-langkah dalam perkongsian ini untuk membuat simpanan wang dengan cara yang mudah.

Cara Mudah Jimat Dan Simpan Wang

Anda boleh ikuti beberapa cara berikut untuk menjimatkan dan menyimpan wang anda.

1. Membuat Pekerjaan Sambilan

Jika sumber kewangan sekarang tidak mencukupi keperluan anda, anda boleh membuat pekerjaan sambilan atau sampingan untuk menambahkan pendapatan anda. anda boleh menjadi dropship barangan secara online, menjadi runner untuk COD barangan atau makanan, bekerja dihari cuti sebagai pemotong rumput atau bekerja mengikut skill atau kemahiran anda seperti menjadi tukang potong rambut dari rumah ke rumah.

2. Agih Dan Bahagi Wang Perbelanjaan

Sekiranya anda mendapat gaji daripada pekerjaan anda sekarang tidak kira sama ada kerja hakiki atau kerja sambilan, agihkan wang perbelanjaan anda. Anda bahagikan kepada wang untuk keperluan penting dan juga perbelanjaan tambahan.

Contoh perbelanjaan penting adalah seperti membeli barang dapur, bil elektrik, bil air dan ubat-ubatan. Manakala untuk perbelanjaan tambahan pula adalah seperti hand sanitizer, topeng muka dan vitamin.

Cara Mudah Simpan Dan Jimatkan Wang Sepanjang PKP

3. Rancang Perbelanjaan Dengan Berhemah

Sebelum berbelanja, sila rancang dahulu perbelanjaan anda untuk satu bulan. Buat senarai barang yang penting untuk dibeli mengikut bajet anda. Sekiranya barang yang hendak dibeli sudah ada di rumah dan tidak begitu penting untuk digunakan, jangan beli dahulu.

Elakkan membuat pembelian panik kerana apabila anda membuat pembelian panik, anda akan membazirkan wang anda untuk membeli barangan tanpa dirancang dan terdapat lebihan barang di rumah anda.

4. Elakkan Membuat Pembelian Secara Online

Kawal diri anda daripada membuat pembelian secara online. Iklan jualan secara online pastinya terpapar di akaun media sosial anda seperti Facebook dan Instagram anda.

Pastinya anda terpengaruh dengan sale separuh harga yang diiklankan oleh peniaga online. Cuba kawal dengan memikirkan bagaimana susahnya untuk menyimpan wang hasil kerja keras anda andainya dihabiskan untuk benda yang sia-sia.

5. Membuat Tabungan

Anda boleh membuat tabungan untuk masa depan anda. Anda boleh membeli tabung di kedai Eco RM2 mengikut jumlah tabungan yang ingin anda buat. Anda boleh labelkan mengikut perkara yang ingin anda capai seperti melancong, membeli rumah, kecemasan dan kereta. Anda juga boleh melabel tabung anda mengikut nilai wang seperti RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Cukup 1 atau 3 bulan, anda boleh membuka tabung dan simpan ke dalam akau bank anda.

Cara Mudah Simpan Dan Jimatkan Wang Sepanjang PKP

6. Simpanan Secara ‘Paksaan’ Melalui Debit Bank

Walaupun secara paksaan, ia adalah satu kebaikan buat anda. Anda boleh membuat potonga melalui bank seperti simpanan terus ke Tabung Haji, ASB dan set ke akaun sendiri seperti yang diperkenalkan oleh Maybank iaitu Maybank2u Savers. Jadi, anda boleh tetapkan sejumlah wang dan secara automatik, pihak bank akan terus debit ke akaun yang disebutkan tadi.

Cara Mudah Simpan Dan Jimatkan Wang Sepanjang PKP

Mudah sebenarnya untuk anda menjimatkan dan menyimpan wang anda. Hanya perlu berusaha dan menyekat beberapa kehendak anda yang tidak penting supaya anda boleh berjimat untuk masa sekarang. Banyak manfaatnya untuk masa depan jika anda bertindak daripada sekarang.

close-image