Cara Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB Untuk Anak-anak Belajar Dirumah, Ditaja Oleh Yayasan YTL

37,581

Yayasan YTL telah menawarkan data internet percuma sebanyak 40GB bagi para pelajar untuk belajar dari rumah.

“Berdasarkan tinjauan terhadap ibu bapa di Malaysia yang mempunyai anak-anak di sekolah, YTL mendapati ada keluarga yang mempunyai sumber pembelajaran terhad serta tidak semua orang mampu membayar internet untuk pembelajaran.

“Dengan kolaborasi bersama YES dan FrogAsia, Yayasan YTL menyediakan data internet percuma dan bahan pembelajaran atas talian kepada semua pelajar yang didaftarkan di sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia,” tulis YTL dalam satu kenyataannya.

Jadi bagaimana hendak mohon Simkad YES Data percuma ini?

Mudah sahaja, ibu-bapa di rumah sila ikut step mudah di bawah untuk mohon simkad YES data percuma anda.

Cara Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB

Dengan tiga langkah, ibu bapa boleh mendapatkan kad SIM dengan internet percuma yang sah 60 hari bermula pada tarikh pengaktifan.

Langkah 1

  • Sila ke laman rasmi YES YTL melalui pautan berikut.
  • Daftar di laman YES.
  • Klik “Yes, I Want a Free Sim Card”

Cara Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB

Langkah 2

  • Sediakan MYKAD atau MYKID anak anda

Cara Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB

Langkah 3

  • Masukkan Nombor MYKAD atau MYKID anak anda di ruangan seperti di bawah dan klik “Verify”

Cara Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB

Langkah 4

SIM KAD YES PERCUMA

  • Isikan segala butiran yang diminta seperti di atas.
  • Ambil “selfie” anda untuk pengesahan dan hantar permohonan anda

Setelah anda buat pendaftaran Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB di atas. Anda perlu tunggu panggilan pengesahan dari YES dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya anda layak maka Kad SIM akan dihantar ke alamat rumah dalam tempoh 3 hari bekerja.

KLIK SINI UNTUK MOHON

Sumber: Yayasan YTL

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image