Cara Mohon Cuti Kuarantin Tanpa Rekod 5 Hari Khas Untuk Penjawat Awam

7,731

Cara Mohon Cuti Kuarantin Tanpa Rekod Untuk Penjawat Awam.

Tahukah anda bahawa kerajaan Malaysia telah menyediakan satu inisiatif buat penjawat awam iaitu memberikan cuti selama 5 hari kepada penjawat awam jika mereka atau keluarga mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang berbahaya.

Sebagai contoh, isu yang membimbangkan semua rakyat Malaysia pada hari ini adalah penularan wabak penyakit kuku, tangan dan mulut (HFMD). HFMD dikategorikan sebagai penyakit berjangkit yang berbahaya.

Jadi, kepada penjawat awam, jika anda dapati terdapat simptom-simptom penyakit ini pada anak-anak anda, anda dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan cuti kuarantin.

Baca juga: Mohon Dana Inspirasi Malaysia Bantuan Persekolahan RM500~RM1000

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara untuk anda mohon cuti kuarantin selama 5 hari untuk penjawat awam ini. Untuk makluman anda juga, cuti ini sebenarnya telah termaktub dalam Perintah Am 24 Bab C (Bahagian Cuti).

Cuti ini diberikan adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pegawai kerajaan yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin kerana penyakit berjangkit. Penjawat awam yang diberi cuti ini layak menerima gaji penuh sepanjang tempoh cuti itu.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON CUTI KUARANTIN?

Sebaik sahaja seseorang penjawat awam mendapati anaknya ada mengalami simptom-simptom penyakit berjangkit, maka dia perlulah terus memohon cuti kuarantin bagi tujuan menjaga anaknya yang sedang sakit itu.

Namun, persoalannya, hanya siapakah yang layak memohon cuti kuarantin ini? Cuti kuarantin selama 5 hari ini sebenarnya hanya layak dipohon oleh ibu bapa yang sah kepada anak-anak yang disenaraikan seperti di bawah:

  • Anak kandung ~ bermaksud anak sendiri.
  • Anak tiri tanggungan ~ bermaksud anak kepada suami atau isteri hasil
    daripada perkahwinannya yang terdahulu yang tinggal bersama dan ditanggung
    nafkahnya.
  • Anak angkat de facto ~ bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam
    jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai
    anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak
    kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh
    permohonan tersebut di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Anak angkat ~ bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh
    Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula di bawah Akta Pengangkatan
    1952
  • Anak pelihara ~ bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan,
    jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e)
    Akta Kanak-kanak 2001

Anak angkat de facto membawa maksud anak itu berada di bawah penjagaan, tanggungan, didikan serta dibesarkan oleh anda bagi tempoh tidak kurang 2 tahun sebelum tarikh permohonan di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN CUTI KUARANTIN

Terdapat beberapa syarat yang dikenakan dan anda perlulah meneliti setiap daripada syarat-syarat ini sebelum anda mengemukakan permohonan cuti kuarantin. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Anak yang dikuarantin berumur 18 tahun ke bawah dan 21 tahun ke bawah bagi anak yang masih belajar.
  2. Tiada had umur bagi anak yang kurang upaya (OKU) dari segi jasmani atau cacat otak secara kekal dan tidak mampu menanggung diri sendiri dengan syarat anak itu cacat otak atau kurang upaya jasmani sebelum umur 21 tahun

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT YANG BOLEH MEMOHON CUTI KUARANTIN

Untuk makluman anda juga, tidak semua penyakit boleh diberikan kemudahan cuti kuarantin. Hanya sesetengah penyakit berjangkit yang kritikal dan berbahaya sahaja yang dibenarkan untuk anda mohon cuti kuarantin. Berikut merupakan senarai penyakit-penyakit tersebut.

  1. Demam Campak
  2. Penyakit Tangan, Kuku Dan Mulut (HFMD)
  3. Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah
  4. Malaria
  5. Difteria
  6. Cacar air

CUTI KUARANTIN INFLUENZA A

Terdapat cadangan dari Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) untuk memasukkan influenza A ke dalam senarai jenis penyakit berjangkit dan diberikan kemudahan cuti kuarantin.

Ia berdasarkan situasi terkini penularan influenza A dalam negara yang dilihat membimbangkan justeru cuti kuarantin perlu diberikan khususnya kepada guru dan pelajar yang dijangkiti virus terbabit.

Cadangan itu dikemukakan merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 mengenai kemudahan cuti kuarantin, enam penyakit berjangkit sedia ada ialah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD); demam denggi dan demam denggi berdarah; campak; cacar air; difteria dan malaria

Kes virus influenza dilaporkan meningkat dan dikesan berlaku di beberapa negeri seperti Pahang,Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Turut dilaporkan berlaku kes kematian yang dipercayai akibat jangkitan virus sama.

Namun, ia hanya masih dalam peringkat cadangan dan tiada sebarang kelulusan lagi berkaitan Cuti Kuarantin Influenza A.

CARA MEMOHON CUTI KUARANTIN

Anda bolehlah mengemukakan permohonan dengan cara mengisi borang permohonan secara online. Borang tersebut boleh didapati secara online. Link untuk anda mengisi borang permohonan cuti kuarantin telah kami sediakan di bawah. Klik sahaja link tersebut untuk anda mengisi borang permohonan cuti kuarantin.

  • Borang Permohonan Cuti Kuarantin: Klik Sini

borang kuarantin

borang kuarantin 2

borang kuarantin 3

PEKELILING RASMI CUTI KUARANTIN

Bagi anda yang ingin merujuk pekeliling rasmi daripada Kementerian, kami turut sediakan link untuk anda ke pautan pekeliling tersebut. Sila klik link di bawah untuk membacanya.

  • Pekeliling Rasmi Kemudahan Cuti Kuarantin: Klik Sini

Jadi buat anda yang anak-anaknya ditimpa penyakit berjangkit seperti yang dimaklumkan di atas, mohonlah cuti kuarantin ini. Cuti ini bukan sahaja untuk mengelakkan penularan penyakit tersebut tetapi juga supaya anda berpeluang menjaga anak anda serta meluangkan masa dengannya. Ingatlah, keluarga wajib diutamakan!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image