Info Kerjaya Malaysia

Cara Dan Langkah-Langkah Login Aplikasi Pangkalan Data Murid (KPM)

434

Aplikasi Pangkalan Data Murid (KPM)

Aplikasi ini merupakan satu sistem online yang membantu guru-guru dalam pengurusan kelas dimana semua maklumat murid disimpan dalam sistem ini seperti maklumat kehadiran murid.

Lihat dan baca artikel ini untuk mengetahui cara untuk login ke APDM.

Baca juga : Dipanggil Temuduga Guru IPG, PISMP atau Interim? Ini Cara Jawab Soalan Apa Kelebihan dan Kekurangan Anda

Cara Login

Berikut adalah cara untuk anda login ke APDM yang boleh digunakan oleh cikgu-cikgu yang menggunakan sistem ini.

  • Masuk ke web melalui pautan berikut :  APDM
  • Klik LOG MASUK PENGGUNA.
  • Masukkan username yang diberikan dibahagian ID PENGGUNA.
  • Username Guru Kelas :  Nombor Kad Pengenalan 12 digit, tanpa tanda (-)
  • Username Admin : Kod Sekolah
  • Masukkan password dibahagian KATA LALUAN.
  • Klik HANTAR

Cara Dan Langkah-Langkah Login Aplikasi Pangkalan Data Murid (KPM)

Cara Menggunakan Sistem APDM Kehadiran Murid

  • Masuk ke dalam sistem.
  • Klik MODUL dibahagian kiri sistem.
  • Klik KEHADIRAN.
  • Check dengan teliti nama sekolah dan nama darjah / tingkatan.
  • Rekodkan kehadiran pelajar pada tarikh yang dipilih.

Cara Dan Langkah-Langkah Login Aplikasi Pangkalan Data Murid (KPM)

Kemaskini Maklumat Murid

Status Warganegara

Sekiranya status warganegara murid bertukar akibat kesilapan guru kelas memasukkan nombor kad pengenalan, cikgu boleh ikut langkah-langkah berikut :

  • Login APDM menggunakan ID guru kelas.
  • Kesan nama murid yang hilang di bahagian Maklumat Murid Bukan Warga.
  • Semak samada masalah tersebut disebabkan oleh kesilapan Nombor Kad Pengenalan.
  • Klik KEMASKINI NOMBOR KAD PENGENALAN untuk mengemaskini kesilapan Nombor Kad Pengenalan.
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang betul pada ruangan NOMBOR MYKAD BARU untuk kemaskini.
  • Klik SEMAK MYKAD.
  • Padam salah satu sekiranya terdapat duplikasi nombor kad pengenalan.
  • Nyatakan sebab padam dengan ayat ini : DATA DUPLICATE
  • Sistem APDM, ia mengesan murid dengan nombor ID.

Pendaftaran Baharu Tanpa Dokumen

Anda dapati satu nama murid tiada dalam senarai dan mendaftar sekali lagi dan berlakunya duplikasi. Namun, hanya admin sahaja yang boleh memadamkan duplikasi tersebut.

Cara untuk padamkan salah satu nama tersebut ialah :

  • Log masuk APDM dengan menggunakan ID guru kelas.
  • Nama murid tersebut didapati pada menu Murid Bukan Warganegara.
  • Daftar semula maklumat murid tersebut.
  • Semakan semula oleh admin dan mendapati 2 nama murid yang sama tetapi ID MURID berbeza.
  • Data murid yang mempunyai ID MURID yang terkini akan dipadam oleh admin.
  • Admin perlu kemaskini Nombor Kad Pengenalan murid jika ID MURID pada menu Murid Bukan Warganegara adalah yang lama.

Cara Dan Langkah-Langkah Login Aplikasi Pangkalan Data Murid (KPM)

Kemaskini maklumat adik-beradik dalam APDM

  • Login APDM dengan ID guru kelas.
  • Kemaskini Maklumat Adik Beradik dalam profil murid dalam AMPM.
  • Anda perlu kemaskini bahagian ini :
  1. Bahasa Pertuturan di Rumah
  2. Anak ke Berapa
  • Kemaskini Bilangan Adik Beradik serta beberpa maklumat yang berkaitan.
  • Klik butang KEMASKINI dan semak semula

Maklumat Lanjut

Hubungi APDM sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan APDM ini melalui emel di :

close-image