Info Kerjaya Malaysia

Cara Bayar Fidyah Online Dan Pengiraan Bayaran Tinggal Puasa

10,619

Zakat Fidyah merupakan zakat yang dikenakan kepada sesiapa yang meninggalkan puasa pada tahun sebelumnya dan puasa yang ditinggalkan itu tidak digantikan sehingga tiba Ramadhan pada tahun ini.

Kadar bayaran zakat fidyah pula bergantung pada kadar harga makanan asasi di sesebuah negara itu. Jika di Malaysia, kadar zakat fidyah harus berdasarkan kadar harga beras iaitu sebanyak secupak. Namun, kadar harga itu tidaklah tetap dan berbeza-beza mengikut ketetapan pemerintah sesebuah tempat.

Beras sebanyak tersebut haruslah diberikan kepada fakir miskin. Namun, setelah diadakan ijmak, ulama bersetuju untuk menggantikan nilai beras tersebut dengan wang. Jadi, zakat fidyah bolehlah dibayar dengan wang mengikut harga beras tersebut. Persoalannya kini ialah bagaimana untuk mengira zakat fidyah yang perlu dibayar? Jangan bimbang, kami akan kongsikan caranya.

CARA PENGIRAAN BAYARAN TINGGAL PUASA

Untuk mengetahui kadar bayaran zakat fidyah yang perlu dibayar kerana gagal menggantikan puasa sehingga ke bulan Ramadhan tahun ini, berikut merupakan cara pengiraannya.

gambar 1

SEBAB-SEBAB ANDA WAJIB MEMBAYAR ZAKAT FIDYAH DAN GANTI PUASA

Anda perlu faham bahawa dalam sesetengah situasi, tidak bermaksud setelah anda selesai membayar zakat fidyah itu anda tidak perlu lagi menggantikan puasa yang anda tinggal. Pemahaman seperti ini adalah salah. Anda masih perlu menggantikan puasa tersebut dan wajib juga buat anda untuk bayar fidyah dalam beberapa situasi. Berikut merupakan situasi-situasinya.

  • Perempuan hamil
  • Ibu yang menyusukan anak.
  • Melambatkan ganti puasa.

SEBAB-SEBAB WAJIB BAYAR ZAKAT FIDYAH TETAPI TIDAK PERLU GANTI PUASA

Berbeza pula dengan beberapa situasi ini di mana anda tidak perlu ganti puasa dan anda hanya wajib untuk membayar zakat fidyah. Antara situasi tersebut adalah seperti berikut.

  • Orang yang sakit kritikal
  • Orang yang meninggal dunia.

CARA MEMBUAT BAYARAN ZAKAT FIDYAH SECARA ONLINE

Berita baik buat anda kerana anda kini boleh menunaikan pembayaran zakat fidyah secara online. Pihak Maybank telah menyediakan perkhidmatan ini demi kemudahan anda untuk mengeluarkan zakat fidyah. Pembayaran ini boleh dibuat melalui portal Maybank2u. Berikut merupakan cara-caranya.

1.) Sila klik pada bahagian Bill Payment dan seterusnya klik pada bahagian Make A One-Off Payment. Anda boleh rujuk gambar.

cara 1

2.) Klik pada bahagian View All Payees dan pilih Zakat & Charity seperti dalam gambar.

cara 2

3.) Kemudian, pilih Majlis Agama Islam negeri anda.

cara 3

4.) Akhir sekali, masukkan jumlah bayaran zakat fidyah yang anda perlu bayar.

Pembayaran zakat fidyah secara online yang diperkenalkan ini dapat memudahkan anda untuk melunaskan pembayaran zakat tersebut. Gunakanlah kemudahan ini kerana anda tidak perlu lagi pergi ke pejabat Majlis Agama Islam untuk membayar zakat fidyah. Pembayaran kini boleh dibuat di hujung jari anda.

close-image