Info Kerjaya Malaysia

Caj Perkhidmatan 20 Sen Bagi Pembelian Melalui Shopee Dan Lazada Kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

907

Caj Perkhidmatan 20 Sen Bagi Pembelian Melalui Shopee Dan Lazada Kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian, kata timbalan menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, perkara itu sebagai langkah supaya dapat menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.

Caj Perkhidmatan 20 Sen Bagi Pembelian Melalui Shopee Dan Lazada Kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

“Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.”

Caj Perkhidmatan RM0.20 Sen

Untuk pengetahuan anda, bayaran tambahan ini seakan caj perkhidmatan yang akan dikenakan dan sekiranya pembelian itu lebih RM1,000 maka caj tambahan dikenakan adalah sebanyak 40 sen.

Manakala bagi pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj berkenaan manakala tambahan setiap 20 sen perlu dibayar pengguna bagi gandaan RM1,000 berikutnya.

Tujuan Caj Perhidmatan

Tujuan utama caj ini ialah untuk digunakan sebagai penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber.

“Ini bukan GST (cukai barang dan perkhidmatan) kerana sekarang ini, banyak pembelian atas talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan.”

Caj Perkhidmatan 20 Sen Bagi Pembelian Melalui Shopee Dan Lazada Kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Sumber : BERNAMA

close-image