BPN 2.0 : Jumlah Bayaran Serta Kaedah Pembayaran Di Pedalaman Sabah Sarawak (Tiada Akaun)

2,715

BPN 2.0 : Jumlah Bayaran Serta Kaedah Pembayaran Di Pedalaman Sabah Sarawak (Tiada Akaun)

Rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik perutusan YAB Perdana Menteri ketika perutusan KITA PRIHATIN baru-baru ini. Ini kerana pihak Kerajaan telah mengumumkan pelbagai pemberian serta bantuan kepada rakyat Malaysia agar tidak tercicir untuk menerima bantuan.

Jadi, BPN 2.0 lebih menekankan kepada pemberian bantuan kepada rakyat Malaysia daripada golongan B40, M40 sehingga kepada majikan dan usahawan PKS Mikro melalui GKP 2.0.

Tarikh Pembayaran BPN 2.0

Seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDNM, pembayaran bagi BPN 2.0 akan dibayar secara 2 fasa seperti berikut :

  • Fasa Pertama : Penghujung Oktober 2020
  • Fasa Kedua : Januari 2020

Jumlah Bayaran Mengikut Fasa

Pasti ramai ingin tahu jumlah bayaran mengikut fasa seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDNM. Sila rujuk jadual berikut :

BPN 2.0 : Jumlah Bayaran Serta Kaedah Pembayaran Di Pedalaman Sabah Sarawak

Kaedah Pembayaran BPN 2.0 Bagi Penerima Pedalaman Sabah Sarawak

Bagaimana pula dengan pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak?

  • Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
  • Bagi mereka yang mempunyai akaun aktif, wang akan masuk terus ke akaun anda manakala yang gagal kredit perlu membuat tuntutan tunai di Cawangan BSN.

Untuk permohonan dan semakan BPN 2.0, sila klik pautan ini untuk info yang lebih lengkap untuk panduan anda.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0 UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image