Info Kerjaya Malaysia

Soalan Temuduga : “Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja?” Ini Cara Untuk Menjawabnya

17,226

Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja?

Ketika anda melalui proses temuduga, anda pasti akan ditanya dengan soalan ini. Bagaimanakah caranya untuk anda menjawabnya?

Melalui perkongsian ini, anda akan mengetahui cara untuk menjawab soalan yang diberikan mengikut kesesuaian.

Apa Yang Penemuduga Ingin Tahu?

Berdasarkan soalan yang mereka berikan, mereka ingin mengetahui jawapan anda adakah anda boleh bekerja secepat mungkin berdasarkan kekosongan jawatan yang ada di syarikat tersebut.

Selain daripada itu. bakal majikan juga ingin menilai sikap anda melalui jawapan yang bakal anda berikan. Sekiranya anda terus menjawab untuk terus berhenti tanpa memikirkan prosedur berhenti kerja secara betul, dikhuatiri perkara tersebut akan berlaku pada mereka juga pada satu masa nanti.

Jadi, berfikir dengan betul dan tepat serta berhati-hati jika ingin memberikan jawapan untuk soalan seperti ini. Tidak semestinya mereka bertanyakan soalan ini, anda telah pun ditawarkan untuk mengisi jawatan.

Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja Ini Cara Untuk Menjawabnya

3 Contoh Menjawab Soalan “Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja?”

Anda boleh menjawab melalui 3 cara berikut :

  • Boleh mula bekerja dengan segera
  • Boleh mula bekerja selepas notis berhenti (2 minggu / 1 bulan)
  • Berikan sedikit masa untuk membuat keputusan

Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja

1. Boleh mula bekerja dengan segera

Secara umumnya jawapan anda iaitu ” Boleh mula bekerja dengan segera” adalah satu jawapan yang diingini oleh majikan anda.

Majikan merasakan anda seorang yang fleksibel dan berusaha untuk membantu anda untuk bekerja di tempat yang baru.

Jawapan ini sangat sesuai bagi anda yang tidak mempunyai kontrak atau ikatan pekerjaan dengan syarikat yang lain.

Nota : Elakkan menjawab “Boleh bekerja esok” sekiranya anda masih bekerja dengan syarikat lain. Ia menunjukkan etika yang negatif dalam kerjaya anda.

2. Boleh mula bekerja selepas notis berhenti (2 minggu / 1 bulan)

Anda boleh memberitahu kepada bakal majikan mengenai kesediaan anda bekerja selepas menghantar notis berhenti. Notis berhenti kerja mungkin sama ada 2 minggu atau 1 bulan mengikut perjanjian anda dengan majikan yang terdahulu.

Mungkin anda memerlukan masa untuk menyiapkan tugasan di syarikat lama atau persiapan bagi syarikat anda untuk mendapatkan pengganti anda.

3. Berikan sedikit masa untuk membuat keputusan

Selalunya, anda menjadi tidak sabar setelah mendapat pekerjaan yang diinginkan. Mugkin anda mahu bercuti sebentar atau berpindah di tempat yang lebih dekat dengan tempat kerja yang baru.

Jangan terburu-buru untuk membuat sebarang keputusan sekiranya majikan belum membuat tawaran pekerjaan buat anda.

Untuk mendapatkan kepastian, tanya semula kepada majikan anda mengenai tarikh sebenar untuk anda mula bekerja. Mungkin jangka masa yang diberikan oleh mereka lebih fleksibel daripada jangkaan anda dan anda mempunyai lebih masa untuk membuat persediaan.

Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja

Tips Menjawab Dengan Baik

Bersikap fleksibel

Bersikap fleksibel ketika memberikan jawapan anda. Ini adalah kerana soalan ini adalah berkaitan dengan kehendak majikan. Elakkan menjawab soalan mengikut kehendak dan keperluan anda.

Menjawab dengan jujur

Berterus terang dan jujur dengan jawapan anda. Sekiranya anda memerlukan notis 2 minggu atau 1 bulan, ceritakan sahaja kepada majikan anda. Elakkan menipu majikan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

Perkara Yang Perlu Di Elakkan

  • Elakkan memberi terlalu banyak maklumat terutamanya hal peribadi anda dan hal dalaman syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan pekerjaan baru anda.
  • Elakkan daripada menetapkan tarikh sendiri. Namun penemuduga lebih berminat jika anda meletakkan jangkamasa dan dapat melihat sikap anda melalui jawapan anda. Tetapi jika penemuduga menyatakan “Kami ingin menawarkan pekerjaan kepada anda”. Ini bukan tawaran bekerja.  Jadi anda tidak perlu memberikan tarikh yang tepat. Anda hanya perlu menjawab sama ada anda dapat bekerja dengan segera, dua minggu atau anda memerlukan sedikit masa lagi.

Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menjawab soalan “Bilakah Anda Boleh Mula Bekerja?” dengan baik.

close-image