Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Di Buka

1,878

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2020 secara dalam talian (online) yang telah ditangguhkan sebelum ini akan dibuka semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 12 Mei 2020 (Selasa), jam 5.00 petang hingga 31 Mei 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.

Berikut adalah perkongsian syarat permohonan biasiswa ISMP, senarai bidang pendidikan yang layak memohon dan cara membuat permohonan biasiswa ISMP.

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA

Antara syarat permohonan biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah:

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2020 (tahun permohonan);
  •  Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  • Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  • Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  • Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  • Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN YANG LAYAK MEMOHON

1. Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia

  •  Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Bahasa Malaysia)

2. Bahasa Inggeris / TESL / TESOL

  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  • Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Ijazah
  • Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan TESL)
  • Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (TESOL)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

3. Bahasa Cina

  •  Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina Dengan Pendidikan

4. Sejarah

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Sains Sosial)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Sejarah)

5. Geografi

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Sains Sosial)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Geografi)

6. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan Dan Rekreasi)
  • Bacelor Pendidikan Dalam Pendidikan Jasmani Dengan Kepujian
  •  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

7. Seni Visual

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Seni Dan Senireka

8. Pendidikan Khas

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Khas)

9. Dini (Medium Pengajaran dalam Bahasa Arab)

  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran)
  •  Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) Dengan Kepujian

10. Tahfiz

  • Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan Qira’at Dengan Kepujian

11. Kimpalan dan Fabrikasi Logam

  •  Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Dengan Kepujian (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam)

12. Automotif

  • Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Dengan Kepujian

13. Rekabentuk Teknologi

  • Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk Dan Teknologi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Reka Cipta) Dengan Kepujian

CARA MEMOHON BIASISWA

Untuk membuat permohonan biasiswa, ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web ePenawaran untuk membuat permohonan online.
  2. Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
  3. Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
  4. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan
  5. Maklumat pendaftaran permohonan hendaklah disimpan dengan baik bagi tujuan rujukan / kemas kini.

Semasa mengisi permohonan, beberapa panduan dibawah adalah disarankan supaya urusan pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.

Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di semua menu yang disediakan dan sekiranya terdapat maklumat yang tidak lengkap, permohonan akan ditolak.

PANDUAN PERMOHONAN

permohonan baru

close-image