Info Kerjaya Malaysia

Bayaran BKSS Untuk Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan Dibuat September Ini

1,928

Bayaran BKSS Untuk Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan Dibuat September Ini

Pemohon BKSS untuk Ketua Isi rumah bagi ibu / bapa tunggal daripada golongan B40 dengan tanggungan yang sah akan dibuat pada bulan September ini.

Unit Perancang Negeri (EPU), Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini, berkata mereka yang disahkan IBT dengan tanggungan, akan menerima bayaran sepenuhnya insentif BKSS KIR B40 pada bulan depan.

Bayaran BKSS Untuk Ibu _ Bapa Tunggal Dengan Tanggungan Dibuat September Ini

Tujuan BKSS KIR B40

Kerajaan Sarawak melaksanakan Pakej BKSS 2020 bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kesukaran akibat pandemik COVID-19.

Penamatan Pembayaran BKSS KIR B40

Kerajaan Sarawak mengambil maklum berlaku perubahan status kepada seramai 81,120 penerima asal BKSS KIR B40 kepada IBT tanpa tanggungan.

Oleh demikian, Kerajaan Sarawak menangguhkan pembayaran kepada 81,120 penerima asal BKSS KIR B40 yang telah bertukar status menjadi IBT tanpa tanggungan atau dikategorikan sebagai bujang dalam Pakej BKSS 2020.

Usaha kini sedang dijalankan bersama LHDN bagi membuat pengesahan status IBT sama ada mereka merupakan IBT tanpa tanggungan, atau IBT dengan tanggungan.

Sekiranya mereka merupakan IBT tanpa tanggungan maka mereka hanya menerima insentif BKSS Bujang B40 dan bayaran akan ditamatkan.

Oleh itu, ujar EPU, dakwaan mengatakan pembayaran dibatalkan adalah tidak benar sama sekali kerana IBT dengan tanggungan yang terkesan akan mendapat pembayaran penuh setelah pengesahan status tanggungan dibuat.

Bayaran BKSS Untuk Ibu _ Bapa Tunggal Dengan Tanggungan Dibuat September Ini

Cara Membuat Semakan BKSS Secara Online

Bgai anda yang ingin membuat semakan BKSS secara online, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Klik portal rasmi BKSS : BKSS
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  • Klik butang SUBMIT
  • Skrin akan memaparkan status kelulusan anda.

Anda juga boleh dapatkan maklumat untuk semakan status permohonan serta rayuan BKSS yang lebih lengkap dengan klik disini sahaja.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan BKSS, anda boleh hubungi urusetia BKSS di saluran berikut :

close-image