Info Kerjaya Malaysia

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Untuk Rakyat Malaysia

19,289

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Untuk Rakyat Malaysia

Berdasarkan perutusan khas Perdana Menteri yang bertemakan KITA PRIHATIN, pihak kerajaan telah menyediakan bantuan tambahan menerusi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 billion.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Untuk Rakyat Malaysia

Jumlah Bantuan BPN 2.0

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 :

  • RM1,000 : Isi Rumah B40
  • RM500 : B40 Bujang
  • RM600 : Isi Rumah M40
  • RM300 : M40 Bujang

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Untuk Rakyat Malaysia

Tarikh Bayaran BPN 2.0

Untuk pengetahuan semua bayaran untuk BPN 2.0 adalah secara ansuran dan tarikh bayaran bagi BPN 2.0 adalah  berikut :

  • Ansuran Pertama : Hujung Oktober 2020
  • Ansuran Kedua : Januari 2021

Manakala bagi golongan B40 pula, bayarannya adalah seperti berikut :

  • Ansuran Pertama : Hujung Oktober 2020 (RM700)
  • Ansuran Kedua : Januari 2021 (RM300)

Permohonan Baru BPN 2.0

Buat masa ini, tiada permohonan baru perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana pihak Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada penerima yang telah diluluskan dibawah BPN sebelum ini.

Bagi mereka yang layak tetapi tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

Tarikh Permohonan Baharu BPN 2.0

Bagi mereka yang tidak pernah menerima BPN sebelum ini, anda boleh membuat permohonan baharu bermula 15 Oktober 2020 ini melalui cara-cara yang akan diberitahu kemudian.

Nota : Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

FAQ BPN 2.0

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Untuk Rakyat Malaysia

close-image