Bantuan RM1000 Untuk Penjawat Awam Selangor Bermula 9 Jun Nanti

3,883

Selangor hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 sekali bayar kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah yang akan disalur bermula 9 Jun ini. Selain dari Bantuan Hari Raya yang akan diterima nanti.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan tanda terima kasih turut meliputi pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam, datuk bandar, yang dipertua majlis, pegawai daerah dan mereka yang mengendalikan pusat kuarantin serta terlibat aktif dalam pengekangan wabak Covid-19.

Baca juga: Permohonan Bantuan Tabung COVID-19 JKM NADMA Di Buka. Terima Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri

“Bantuan ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM18.5 juta. Bagaimanapun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yakni EXCO dan Ahli Dewan Negeri tidak termasuk dalam bantuan ini,” katanya dalam sidang media di kediaman rasminya di sini hari ini.

Turut mendapat manfaat ialah ahli-ahli Majlis Permuafakatan Kampung-kampung di 371 kampung tradisi dengan pemberian RM300 sekali bayar kepada setiausaha dan AJK Biro membabitkan implikasi kewangan RM1.335 juta.

Sementara itu, Amirudin berkata untuk masjid seluruh negeri, seorang nazir, dua orang imam, dua orang bilal dan dua orang siak akan menerima RM400 seorang sekali bayar dengan implikasi kewangan RM1.092 juta.

Bagi surau pula, katanya, pengerusi, dua orang imam, seorang bilal dan seorang siak akan menerima RM300 seorang sekali bayar dengan impak kewangan RM3.079 juta.

“Jumlah keseluruhan bantuan kewangan buat masjid dan surau adalah sebanyak RM4.171 juta yang akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image