Info Kerjaya Malaysia

Bantuan Kewangan Yayasan Veteran ATM Urus Jenazah. Muat Turun Borang Di Sini

2,207

Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran ATM Tidak Berpencen

Yayasan Veteran ATM memberikan bantuan kewangan kepada veteran ATM yang tidak berpencen untuk menguruskan jenazah sekaligus meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh veteran-veteran ATM atau waris mereka.

Kadar Bantuan

  • Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM3,000.
  • Bayaran hanya diberikan sekali sahaja.
  • Diberikan kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Veteran ATM terbabit.

Kelayakan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)

Berikut adalah kelayakan untuk memohon bantuan ini :

  • Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah Veteran ATM tidak berpencen.
  • Kes kematian sebelum Tarikh Kuatkuasa 10 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini.
  • Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Veteran ATM yang meninggal dunia dalam persaraaan walaupun gemulah pernah bersara lebih dari satu perkhidmatan.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.

Bantuan Kewangan Yayasan Veteran ATM Urus Jenazah. Muat Turun Borang Di Sini

SITUASI

BAYAR KEPADA

Duda Veteran ATM Duda.
Veteran ATM yang mempunyai satu balu Balu.
Veteran ATM yang mempunyai lebih dari satu balu Balu yang menanggung perbelanjaan jenazah – sila kemukakan akuan bersumpah
Veteran ATM yang tidak mempunyai balu tetapi mempunyai anak Anak yang berumur melebihi 18 tahun. (Jika lebih dari seorang perlu persetujuan semua anak melalui surat akuan bersumpah untuk melantik seorang dari mereka sebagai penerima bayaran). Anak bawah 18 tahun perlu dibayar melalui penjaga.
Veteran ATM bujang Ibu atau bapa
Veteran ATM yang tidak mempunyai balu, anak dan ibubapa Orang perseorangan atau agensi yang menguruskan jenazah pesara tersebut – sila kemukakan akuan bersumpah.

Cara Pembayaran

Cara pembayaran BMJ adalah seperti berikut :

  • Bayaran akan diproses oleh Yayasan Veteran ATM.
  • Bayaran akan dibuat menggunakan cek secara serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon.
  • Permohonan akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap di pejabat Yayasan Veteran ATM.

Cara Membuat Permohonan

Anda boleh ikuti langkah-langkah ini untuk membuat permohonan.

  • Muat turun borang permohonan ini
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Check semula butiran yang dilengkapkan.

Dokumen Sokongan

Hantarkan borang yang lengkap bersama dokumen sokongan seperti berikut :

  • Salinan Sijil Mati Pesara / Permit Penguburan.
  • Salinan Kad Bekas Tentera (KBT)/ Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86 / 92) – setiap muka surat.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Sijil Nikah (sebagai bukti pertalian dengan si mati – pasangan) atau salinan surat beranak (sebagai bukti pertalian dengan di mati – anak).
  • Salinan Akaun Bank Pemohon – sekiranya pembayaran bantuan disalurkan terus ke akaun pemohon.
  • Surat Akuan Bersumpah (Dilampirkan bersama borang).

Nota: Salinan dokumen hendaklah disahkan.

  • Kemukakan tuntutan di Pejabat Yayasan Veteran ATM atau di JHEV Cawangan Negeri.
  • Mulai tahun 2014, wang BMJ dibayar melalui Fund Transfer (FT) atau Inter-bank Giro (IBG). Pemohon boleh membuat semakan berkenaan status permohonan mereka dengan Bahagian Kebajikan Yayasan Veteran ATM atau JHEV Cawangan Negeri.

Info & Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran ATM, anda boleh terus hubungi Yayasan Veteran ATM di saluran :

  • Yayasan Veteran ATM
    Tingkat 20, Menara TH Perdana,
    Kementerian Pertahanan
    1001, Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur.
  • Telefon : 03-2050 8191 / 8194

close-image