Bantuan Elektrik Percuma PRIHATIN: Tak Payah Bayar Bil April – Jun Dengan Tambahan Diskaun

4,801

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik tambahan.

BEKALAN ELEKTRIK PERCUMA 3 BULAN

Pengguna yang terbabit akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan dalam bil bulan Julai.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu juga akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Secara keseluruhan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan itu akan memanfaatkan 7.66 juta pengguna elektrik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

DISKAUN BIL ELEKTRIK 8% PENGGUNA LAIN

Bantuan itu, katanya, adalah tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lalu.

“Dengan pelaksanaan bantuan ini, jumlah diskaun yang diberikan kepada pengguna elektrik bagi tempoh 1 April hingga 30 September 2020 akan meningkat kepada RM2.2 bilion,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, TNB setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik hingga 30 September ini.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image