Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 Bila Dapat

2,252

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Peruntukkan sebanyak RM328 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang antara lain untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2020

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

KAEDAH PENYALURAN BAP 2020

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2020

Untuk makluman, peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan mula disalurkan ke akaun sekolah seawal 3 Januari 2020.

Pihak sekolah dijangka akan mengagihkan BAP secara tunai kepada ibubapa atau penjaga pelajar di sekolah mulai pertengahan hingga hujung bulan Januari 2020.

Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAP 2020 melalui pihak pengurusan sekolah anak / jagaan masing-masing kerana tarikh bagi majlis penyerahan bantuan persekolahan itu akan ditentukan oleh pihak sekolah.

Sebarang maklumat baharu tarikh pembayaran Bantuan Awal Persekolahan akan kami kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image