Bagaimana Mohon Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah (SPA Kedah)
Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan ini adalah melalui Portal SPA Kedah. Sila ikuti langkah memohon di bawah agar anda tidak terlepas menjawat jawatan ini.
Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah (SPA Kedah) menawarkan pengambilan pelbagai jawatan seperti diiklankan di bawah.
1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41
3. PEGAWAI SYARIAH GRED LS41
4. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29
5. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
6. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
7. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
8. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
10. PENGHANTAR NOTIS GRED N11
Permohonan jawatan di atas merupakan permohonan terbuka yang boleh dilakukan secara terus melalui portal SPA Kedah.
Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini tidak perlu mendaftar semula.
Namun calon perlu memastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Sila ikut arahan di bawah untuk memohon agar anda tidak terlepas memohon jawatan yang ditawarkan.
Bagaimana Memohon:
Calon yang berminat mengisi kekosongan jawatan di atas boleh melakukan kemaskini permohonan jawatan tersebut melalui pautan di bawah.
Permohonan hendaklah menggunakan Sistem Permohonan di laman SPA Kedah. Klik pautan “MOHON SEKARANG” untuk memohon.
Tarikh Tutup:
Permohonan yang telah lengkap di isi perlulah di terima sebelum tarikh tutup di bawah. Pastikan anda tidak terlepas.
24 Julai 2016