Info Kerjaya Malaysia

Soalan Temuduga: Anda Ada Apa-apa Soalan? Bagaimana Nak Jawab

45,635

Soalan yang paling ditunggu ketika di akhir temuduga anda adalah, “Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk saya?”.

Bagaimanakah anda ingin menjawab soalan tersebut dan apa pula soalan yang akan anda tanya pada penemuduga?

Namun begitu, dalam menjawab soalan penemuduga ada juga Soalan Yang Tidak Perlu Anda Jawab Semasa Temuduga.

Lihat contoh dibawah untuk anda ajukan soalan kepada penemuduga dengan soalan yang baik dan kelihatan sesuai dengan situasi.

Mengapa Penting Untuk Bertanya

Peluang untuk belajar lebih banyak tentang hal syarikat

  • Ini juga masa yang tepat untuk anda belajar lebih banyak mengenai syarikat dan pekerjaan. Fokus untuk bertanya mengenai topik yang ingin anda bincangkan dengan lebih terperinci. Apa yang penting disini, gunakan Google, LinkedIn untuk dapatkan maklumat syarikat, jabatan atau kementerian yang anda hadiri temuduga.

Bukankah ini antara persediaan yang anda perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga?

Menunjukkan minat anda terhadap jawatan yang dipohon

  • Secara tidak langsung, penemuduga akan nampak kesungguhan anda terhadap jawatan atau pekerjaan yang dipohon. Kenapa? Kerana anda mengambil tahu dengan lebih terperinci mengenai jawatan yang dipohon.

Baca: Ini cara masukkan hobi dan minat ke dalam resume anda.

Memberi ingatan dan kesan yang baik

  • Apabila anda bertanyakan soalan yang yang diluar kotak penemuduga, itu boleh membuatkan penemuduga ingat mengenai kelebihan anda ketika sesi temuduga dijalankan. Mana tahu rezeki anda dan mempunyai peluang yang besar untuk menjawat jawatan tersebut.

Proses Penyediaannya

Berapa banyak soalan yang harus anda sediakan?

  • Siapkan lebih kurang 10 soalan. Tulis di dalam buku nota atau portfolio yang anda bawa ketika temuduga. Pilih soalan yang dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai pekerjaan tersebut.
  • Jika ada isu terkini seperti kejayaan syarikat/jabatan/kementerian, itu boleh menjadi soalan yang baik untuk anda ajukan ketika sesi temuduga nanti.

Baca: Contoh Soalan Simple Untuk Ditanya Kepada Penemuduga DiAkhir Sesi Temuduga

Dapatkan maklumat syarikat

  • Dapatkan maklumat syarikat adalah cara mudah untuk memahami sejarah, misi dan nilai syarikat. Dapatkan semua maklumat melalui laman web syarikat. Anda juga boleh mencari di internet untuk artikel berita terkini. Gunakan maklumat yang anda dapati untuk membantu pembentukan soalan anda.
  • Jika ada sumber rujukan, anda boleh nyatakan ketika bertanyakan soalan ya.

Ini cara betul mendapatkan maklumat background company tempat anda bakal temuduga.

Berlatih

  • Jadikan temuduga tersebut sebagai perbualan antara anda dan pihak majikan. Rajin-rajin ya membuat latihan sebelum tarikh sebenar temuduga. Ia boleh menghilangkan rasa gugup atau gemuruh anda nanti.

Jenis Soalan Yang Perlu Ditanya

Berkaitan pekerjaan

Ini adalah masa yang tepat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai tanggungjawab, harapan dan matlamat.

Soalannya ialah :

  • Bagaimana situasi bagi seseorang yang menjawat jawatan ini?
  • Apakah matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda untuk pengambilan pekerja baru dengan jawatan ini?
  • Bagaimanakah jawatan ini berkembang atau disesuaikan untuk memenuhi keperluan organisasi?

Mengenai syarikat

Tanya soalan mengenai syarikat. Ini menunjukkan bahawa anda telah melakukan penyelidikan dan memberi gambaran yang lebih baik mengenai pandangan, nilai dan budaya syarikat.

Selain itu, ini menunjukkan bahawa anda berminat untuk bersama dengan syarikat dalam tempoh yang panjang.

Soalannya adalah :

  • Mengapa anda seronok bekerja di sini?
  • Bagaimana anda menggambarkan budaya syarikat?
  • Apakah jenis perkembangan yang diharapkan oleh syarikat dalam lima tahun yang akan datang?
  • Bolehkah anda menerangkan beberapa cabaran dan pencapaian syarikat baru-baru ini?

Mengenai kelayakan anda

Pastikan majikan tidak mempunyai soalan yang mengenai kelayakan anda. Sekiranya tiada, ini adalah masa yang tepat untuk anda menyatakan bahawa kelebihan anda sangat sesuai dengan jawatan tersebut.

Baca: Apa nak buat jika majikan tanya kelulusan anda “overqualified” untuk jawatan ini?

Ini soalannya :

  • Apakah kualiti yang anda cari dalam diri calon?
  • Adakah anda mempunyai kebimbangan mengenai pengalaman atau kemahiran saya?
  • Adakah kelebihan dan kemahiran saya sesuai dengan jawatan ini?

Langkah seterusnya

Simpan soalan terakhir anda untuk bertanya mengenai langkah seterusnya dalam proses pengambilan pekerja. Ini menunjukkan anda sangat berminat dengan jawatan tersebut.

Soalan yang boleh ditanya adalah :

  • Saya sangat seronok untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang pekerjaan ini. Apakah langkah seterusnya dalam proses pengambilan pekerja?
  • Terima kasih kerana menerangkan mengenai jawatan ini dengan lebih mendalam. Bilakah saya akan mendapat maklum balas daripada anda mengenai keputusan temuduga ini?

Topik Yang Harus Dielakkan

Sekiranya anda masih dalam peringkat awal temuduga, elakkan bertanya mengenai gaji, faedah sebagai seorang pekerja, tempoh bekerja dan cuti tahunan atau bonus syarikat.

Ini senarai lengkap soalan yang tak perlu ditanya kepada penemuduga.

Soalan mengenai topik-topik ini harus disimpan sehinggalah anda ditawarkan pekerjaan secara rasmi. Sekiranya anda ingin bertanya mengenai perkara ini lebih awal, anda boleh menghantar mesej bahawa anda lebih berminat bagaimana syarikat itu dapat memberi manfaat kepada anda. Bukan bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat tersebut.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapat pelbagai soalan untuk ditanya ketika proses akhir temuduga.

Semoga anda mendapat keyakinan yang kukuh sepanjang temuduga dijalankan dan semoga berjaya.

PANDUAN TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN

Untuk makluman! Panduan ini adalah sesuai untuk digunakan oleh semua calon temuduga jawatan kerajaan dan swasta. 

Sebelum hadiri temuduga berikut mungkin antara isu yang akan anda hadapi:

  • Tiada pengalaman temuduga, anda fresh graduate yang belum mempunyai pengalaman
  • Tidak tahu jenis-jenis soalan bakal ditanya panel penemuduga. Kurang pengalaman maka lebih gemuruh anda nanti
  • Tak tahu beri lontaran jawapan yang jelas, gugup, kurang keyakinan semasa bercakap
  • Masih belum berjaya walaupun telah hadir temuduga beberapa kali. Ini biasa, tapi kegagalan bukan penamat. Anda kena usaha sehabis baik.

Jika anda masih buntu dan tercari-cari bahan rujukan, kami di portal Kerjaya amat rekomen agar anda dapatkan Panduan Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan di bawah.

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Akauntan W29 SPA Lengkap

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Ikhlas, Portal Jawatan Kosong Kerajaan.

close-image