Contoh Soalan Simple Untuk Ditanya Kepada Penemuduga DiAkhir Sesi Temuduga

Kebiasaannya, pada akhir sesi temuduga setiap calon akan diberikan peluang untuk bertanya sebarang soalan kepada penemuduga. Tidak kiralah apa jenis soalan pun yang ingin anda tanya, anda boleh berbuat demikian.

Namun, jangan pula tanya soalan yang mengarut dan tidak ada kaitan dengan temuduga ataupun jawatan yang anda pohon tersebut. Ambillah peluang ini sebaiknya.

Tanyalah soalan yang bermanfaat serta menampakkan anda sebagai seorang yang bersemangat dan meinginkan pekerjaan itu.

TANYA SOALAN SIMPLE KEPADA PENEMUDUGA ANDA

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan dengan anda satu soalan yang simple sahaja tetapi sangat superb kerana kesannya sangatlah positif. Melalui soalan ini, nescaya penemuduga akan mengingati anda walaupun berbulan-bulan selepas sesi temuduga itu tamat. Dalam erti kata lain, soalan ini sangatlah mendalam dan akan kekal dalam hati penemuduga itu.

Ini merupakan salah satu impak positif buat anda. Pada hari pemilihan calon nanti, penemuduga tersebut akan mengingat semula calon-calon yang datang temuduga dan tentunya nama anda yang pertama diingatinya kerana dia akan terfikir “Calon inilah yang bertanya soalan tentang syarikat tempoh hari.”

Anda pastinya ingin tahu apakah soalan tersebut bukan? Soalan simple tetapi superb tersebut berbunyi begini.

“I was wondering what your best moment so far at (company name here) was?”

BAHASA MELAYU

Berikut pula merupakan terjemahan soalan ini dalam Bahasa Melayu:

“Bolehkah saya tahu saat-saat terbaik tuan di syarikat ini?”

Tidak dapat dinafikan soalan ini sememangnya pendek dan simple sahaja namun impaknya sangatlah besar. Penemuduga bukan sahaja akan mengingati anda tetapi anda juga sebenarnya boleh mengetahui banyak perkara melalui jawapan yang akan diberikannya nanti.

Sebagai contoh, anda boleh melihat pattern syarikat tersebut sama ada sedang menaik atau menurun. Anda juga boleh tahu sama ada penemuduga tersebut betul-betul suka syarikat itu ataupun sebaliknya. Sekiranya jawapan yang diberikannya berbaur positif itu bermakna anda bolehlah selesa untuk menerima tawaran bekerja di situ.

Namun, jika jawapan yang keluar daripada mulut penemuduga itu berbunyi negatif ataupun penemuduga tersebut seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada jawapannya, anda bolehlah fikir masak-masak untuk menerima tawaran bekerja di situ.

Jadi, sebelum sesi temuduga berakhir, berikan kejutan kepada penemuduga dengan bertanyakan soalan ini. Selamat menghadapi temuduga!

Leave a Reply