Info Kerjaya Malaysia

Ada Kelayakan SPM Sahaja? Ini 8 Bidang Pekerjaan Yang Boleh Anda Apply Sekarang!

26,534

Sekarang tak ada lagi alasan untuk korang menganggur sebab banyak sangat peluang pekerjaan walaupun korang hanya ada lulusan SPM. Daripada pelbagai pekerjaan yang ditawarkan korang mesti ada tersangkut dengan salah satu kerja yang korang memang betul-betul minat dan berkebolehan. Korang patut ambil peluang ini untuk menambah pengalaman diri supaya dapat peluang yang lebih baik satu hari nanti.

Daripada pekerjaan di sektor swasta hingga sektor kerajaan korang jangan terkejut yang lulusan SPM juga ada kelayakan untuk memohon dan bekerja. Ini ada 8 jenis pekerjaan yang hot bukan saja sebab sangat diperlukan oleh majikan tapi menawarkan gaji yang lumayan :

1. Admin Atau Kerani

Pelbagai syarikat ternama pada hari ini memang amat memerlukan sekurang-kurangnya seorang kerani dalam menguruskan berbagai hal-hal pentadbiran di pejabat. Tentu sekali banyak peluang kekosongan untuk jawatan ini di serata kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur.

Kelayakan minimun untuk memohon jawatan admin atau kerani ini hanyalah memerlukan SPM dan sangat digalakkan untuk mereka yang tidak berhajat untuk meneruskan pelajaran untuk memohon. Korang akan berperanan dalam mengatur dan mengurus segala urusan syarikat yang penting di pejabat.

Nak mohon kerja kerani? Klik sini dan apply lebih 1000 jawatan kerani.

2. Promoter

Pekerjaan promoter ini kebiasaanya hanya memerlukan korang bekerja separuh masa atau part-time sahaja. Jadi bagi korang yang baru lepas SPM atau ingin mencari kerja sambilan semasa belajar adalah amatlah digalakkan untuk memohon kerana ia merupakan satu alternatif yang terbaik untuk mencari side income.

Bayaran gaji sebagai promoter dikira mengikut per jam dan bukanlah per bulan. Kalau korang sudah biasa berjalan-jalan di kawasan bandar raya, korang akan dapat melihat terdapat begitu ramai promoter di pusat-pusat membeli belah dan kedai-kedai yang menarik hati pelanggan untuk membeli produk yang dipromosikan.

Jangan terkejut bila korang tahu yang bayaran sebagai seorang promoter boleh memcecah sehingga RM100 sehari! Tak percaya? Klik sini untuk lihat kekosongan jawatan Promoter yang anda boleh apply.

3. Juruteknik

Bekerja sebagai juruteknik atau technician sememangnya amat diperlukan pada hari ini dan kelulusan SPM juga sudah memadai untuk memohon. Jika korang bernasib baik sesetengah majikan tidak memerlukan pengalaman berkerja untuk mengambil juruteknik tetapi korang akan diberi latihan industri untuk menjadi juruteknik yang terlatih.

Di bandar raya seperti Kuala Lumpur, antara kerja kosong sebagai juruteknik yang paling hot ialah seperti juruteknik fiber optik di syarikat telekomunikasi, juruteknik penyaman udara dan juruteknik hidraulik.

Lihat senarai lengkap jawatan Juruteknik yang sesuai untuk anda.

4. Penghantar Atau Dispatch

Syarikat-syarikat kurier di Malaysia kini sering menjadi medium utama untuk penghantaran barang, surat, dan juga kiriman wang! Pekerja sebagai penghatar atau dispatch amat diperlukan oleh syarikat-syarikat besar seperti Pos Malaysia, GDex, Fedex, Nationwide, Citylink ataupun Kangaroo Express yang merupakan antara syarikat yang berkidmat untuk menghantar pesanan barang dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kerjaya sebagai dispatch hanya memerlukan korang bekerja mengikut jadual yang ditetapkan majikan dan biasanya antara jawatam yang ditawarkan termasuklah
kerani, penghantar dan pengendali gudang. Malah pada hari ini penghantar makanan menjadi semakin popular kerana keperluan majikan yang tinggi!

Klik sini kalau korang nak jadi mat Dispatch?

5. Restaurant Fast Food

Sejak zaman dulu lagi restoran fast food seperti KFC, Pizza Hut, McDonald’s, Burger King, Subway dan bermacam-macam lagi menjadi tempat untuk pelajar lepasan SPM mahupun pelajar universiti bekerja separuh masa untuk mencari duit poket.

Korang mesti selalu terjumpa kawan-kawan yang sedang bercuti panjang terutama selepas SPM sedang bekerja di permis restoran ini kan? Gaji bekerja di restaurant fast food boleh mencecah ribuan ringgit jika bekerja full-time dan banyak faedah lain yang diberikan kepada pekerja.

Menjadi restaurant crew memberikan korang pengalaman berharga dalam pelbagai aspek terutama dalam urusan masa dan servis pelanggan.

Lihat senarai kekosongan jawatan Restaurant Crew di sini.

6. Hotel

Bekerja di hotel akan menawarkan pendapatan yang agak lumayan jika kita memberi fokus kepada mereka yang baru menamatkan SPM. Kalau korang bekerja di hotel buat kali pertama dan tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan, biasanya korang akan diajar dan dilatih oleh pihak hotel untuk menjaga reputasi hotel tersebut.

Kerja yang selalu ditawarkan termasuklah kerja berkaitan receptionist ataupun admin . Selain daripada itu, kerja-kerja lain seperti cleaner atau room service juga turut ditawarkan kepada mereka yang berminat.

Pengalaman yang korang dapat sememangnya membantu korang membuka peluang untuk pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Apply kerja berkaitan perhotelan kat sini.

7. Sales Assistant Atau Cashier

Bekerja di pasaraya besar adalah satu pekerjaan yang tidak asing lagi kerana majikan memerlukan begitu ramai pekerja untuk menjalankan perniagaan. Di Malaysia sendiri terdapat banyak pasaraya besar seperti AEON , Giant, Tesco, Econsave dan bermacam-macam lagi.

Kerja yang selalu ditawarkan di pasaraya seperti ini adalah untuk menjadi pembantu jualan (sales assistant) ataupun juruwang (cashier). Selain itu, ada sesetengah orang yang sudah biasa memohon kerja di pasaraya untuk bahagian stok di mana mereka perlu melakukan pengiraan, penyusunan dan urusan keluar masuk stok barangan. Kerja di pasaraya tidaklah menjanjikan gaji yang tinggi tetapi terdapat banyak faedah lain yang akan diperoleh oleh pekerja dan kelayakan minimun untuk memohon adalah hanya memerlukan SPM!

Apply sekarang kat sini.

8. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan

Pekerjaan ini yang juga dikenali sebagai customer service tidaklah memerlukan kepakaran-kepakaran yang tertentu dan ia juga hanya memerlukan kelayakan minimum SPM.

Tugasan sebagai seorang pegawai kidmat pelanggan seperti di bank memerlukan korang untuk menghubungi pelanggan-pelanggan bank dan menerangkan kepada
mereka mengenai produk-produk baru yang ditawarkan oleh pihak bank serta membantu pelanggan mengaktifkan akaun mereka.

Pekerjaan ini hanya melibatkan korang dengan tugasan-tugasan di pejabat saja dan menawarkan gaji yang agak lumayan!

Apply jawatan Customer Service kat sini ya.

close-image