MySejahtera, Check In Nama Anak
Seperti yang sedia maklum, aplikasi MySejahtera telah diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia bagi menangani penularan wabak Covid-19.
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID -19
- Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID -19
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19
Untuk mendaftar MySejahtera, anda perlu mendaftar seperti langkah-langkah dibawah :
- Langkah 1 : Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
- Langkah 2 : Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
- Langkah 3 : Tekan ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
- Langkah 4 : Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’
- Langkah 5 : Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’
- Langkah 7 : Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk
Untuk dapatkan cara mendaftar dengan lengkap, klik disini.
Bagaimana pula untuk mendaftar nama anak-anak ke dalam aplikasi MySejahtera ini?
Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.
Cara Mendaftar Nama Anak Ke Aplikasi MySejahtera
Untuk membuat pendaftaran,
- Sila log masuk ke aplikasi MySejahtera.
- Pergi ke bahagian HOME.
- Klik MORE.

- Klik MANAGE DEPENDENTS.

- Pada bahagian MY DEPENDENTS, klik dahulu ADD DEPENDENTS yang berada dibahagian bawah.
- Masukkan nama anak-anak anda atau nama ahli keluarga anda yang tidak mempunyai smartphone.
- Isikan RELATION (HUBUNGAN) pada bahagian tersebut. Contohnya anak/ibu/bapa/adik.

- Pastikan nama yang diletakkan adalah betul.
- Bila anda check in menggunakan aplikasi MySejahtera, anda dapat lihat tulisan berikut, “I’M WITH….”.
- Klik nama yang ada bersama dengan anda pada kotak yang berkenaan dan terus klik CHECK IN.

Dah siap. Jadi selepas ini anda boleh terus check in seisi keluarga atau bersama-sama dengan sesiapa sahaja yang keluar bersama dengan anda sekiranya mereka tidak mempunyai smartphone. Semoga bermanfaat.