65,000 Jawatan Baharu diluluskan Dalam Perkhidmatan Awam

216

Kerajaan telah meluluskan 65,000 jawatan baharu dalam perkhidmatan awam pada tahun ini selaras mendepani evolusi Tranformasi Nasional 2050 (TN50), kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa.

Beliau berkata pertambahan itu dibuat atas permintaan mendesak daripada beberapa jabatan yang memerlukan penambahan penjawat awam di tempat mereka.

“Ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pendidikan, serta banyak lagi agensi yang sangat kritikal memerlukan penambahan penjawat awam,” katanya selepas Majlis Amanat KSN Bersama Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau berkata, penambahan itu juga menolak dakwaan kerajaan akan mengecilkan jumlah atau saiz perkhidmatan awam di negara ini.

Pastikan anda rebut peluang untuk kemukakan permohonan kemasukan ke jawatan kerajaan dengan penambahan pengambilan jawatan baharu ini.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBAGAI PENCARI KERJA

Ini merupakan peluang terbaik yang perlu direbut oleh pencari kerja. Apa yang perlu anda lakukan adalah;

  1. Alert dengan segala hebahan jawatan kosong yang dilakukan oleh blog & portal jawatan kosong
  2. Kemaskini dan isi maklumat terkini anda di portal SPA Malaysia
  3. Tambah skills anda mencari kerja
  4. Alert segala hebahan jawatan kosong yang dilakukan di fanpage jawatan kerajaan
  5. Sertai grup telegram jawatan kosong untuk sentiasa terima maklumat terkini pekerjaan.

Antara jawatan sektor kerajaan yang masih di buka untuk ambilan tahun ini adalah seperti Permohonan Jawatan Atendan Kesihatan KKM ~ 2446 Kekosongan. Selain dari jawatan Pembantu Tadbir KKM yang di buka ambilan dan juga permohonan JPA Malaysia.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image